Motosikal

KEEWAY RKR250 AKHIRNYA TIBA DI PENGEDAR – RM13,888

Penantian motosikal jenis sportsbike 250cc dengan harga mampu milik akhirnya berakhir dengan ketibaan Keeway RKR250 di pusat pameran MForce Bike Holdings seluruh negara. 

Selepas beberapa lama penantian sejak motosikal itu diumumkan awal tahun lalu, RKR250 akhirnya tiba di pusat pameran dengan harga jualan hanya RM13,888.

Atas kertas, RKR250 ini menawarkan 31.5hp pada 10,500rpm dan 22.5Nm pada 9,500rpm yang terhasil dari enjin dua silinder 249.3cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair. Sekadar perbandingan, Yamaha YZF-R25 menghasilkan 35hp pada 12,000rpm dan 22.6Nm pada 10,000rpm. 

Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac slipper.

Casis pula merangkumi fork teleskopik jenis terbalik 40mm depan dan penyerap hentak tunggal dengan pelarasan pra-beban dibelakang. Brek pula terdiri dari kaliper radial tunggal 4-piston depan yang dipadankan bersama cakera 320mm dan kaliper brek 1-piston belakang dengan cakera brek 240mm. 

Antara perincian lain ditawarkan:

  • skrin TFT 5-inci 
  • USB Type-A dan Type-C
  • lampu LED dengan DRL
  • ABS
  • TC (traction control)
  • TPMS (tyre pressue monitoring system)
  • lampu kecemasan (hazard light)
  • tangki bahan api berkapasiti 12L

Sebagai motosikal 250cc dengan berat hanya 160kg secara tak langsung menjadikan RKR250 sebagai sportsbike entry-level terbaik di Malaysia. 

GALERI: KEEWAY RKR250

Google ads
Back to top button