
MASA SESUAI BELI SUV! OMODA & JAECOO TAWAR REBAT HINGGA RM18,888, 5 TAHUN SERVIS PERCUMA
Pasaran SUV semakin hangat, dan April ini menjadi waktu sesuai untuk membuat keputusan apabila OMODA dan JAECOO Malaysia melancarkan OMODA & JAECOO Malaysia April Sales Campaign dengan tawaran yang sukar dilepaskan.
Kempen ini bukan sekadar promosi biasa, sebaliknya memberi nilai tambahan kepada mereka yang sedang mempertimbangkan SUV baharu, sama ada untuk gaya hidup aktif, penggunaan harian atau beralih kepada teknologi hibrid plug-in (PHEV).
Sepanjang kempen ini, pelanggan yang membeli mana-mana model OMODA atau JAECOO akan menikmati rebat tunai antara RM3,000 hingga RM18,888, bersama 5 tahun servis percuma.
Untuk kebanyakan model, pakej ini merangkumi 5 tahun atau 50,000km penyelenggaraan percuma, mana yang terdahulu, sekali gus membantu mengurangkan kos pemilikan jangka panjang.
Menariknya, promosi ini terpakai kepada semua model, menjadikannya peluang ideal untuk mereka yang sedang menilai SUV dalam pelbagai segmen.

Setiap model turut hadir dengan tawaran tersendiri bagi memenuhi keperluan pembeli yang berbeza.
Bagi mereka yang mencari SUV praktikal dengan nilai tambahan, JAECOO J5 ditawarkan bersama insurans percuma bernilai RM3,000, dan tempoh promosi model ini dilanjutkan sehingga 31 Mei 2026.
Sementara itu, pembeli yang mahukan SUV lebih lengkap dari segi teknologi dan keselesaan boleh mempertimbangkan JAECOO J7, OMODA C9 atau JAECOO 8, masing-masing hadir dengan rebat tunai RM6,000 serta 5 tahun atau 100,000km servis percuma.
Bagi mereka yang mahu melangkah ke arah mobiliti lebih cekap tenaga, varian hibrid plug-in turut menerima tawaran paling menarik.
JAECOO J7 PHEV ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM18,888, di samping 5 tahun atau 50,000 km servis percuma serta lanjutan waranti bateri selama dua tahun; satu paket ketenangan minda kepada pembeli yang ingin mencuba teknologi elektrifikasi.

Tidak ketinggalan, C9 PHEV turut menerima tawaran khas termasuk rebat tunai RM3,000, kabel Vehicle-to-Load (V2L) percuma bernilai RM730, serta insurans percuma selama setahun bernilai sehingga RM6,000 untuk unit CBU terpilih, sementara stok masih ada.
Tawaran ini menjadikan varian PHEV bukan sahaja menarik dari segi teknologi, malah lebih berbaloi dari sudut nilai keseluruhan.
Kempen jualan April ini berlangsung sehingga 30 April 2026 untuk semua model, kecualiJAECOO J5 yang dilanjutkan sehingga 31 Mei 2026, memberi masa tambahan kepada pembeli untuk membuat pilihan.
Dengan reka bentuk SUV moden, ciri teknologi terkini serta pilihan rangkaian kuasa termasuk PHEV, barisan OMODA dan JAECOO kini semakin relevan untuk golongan profesional muda, keluarga kecil dan mereka yang mahukan SUV bergaya tetapi praktikal.
Bagi mereka yang sedang merancang untuk memiliki SUV baharu, kempen ini menawarkan kombinasi rebat tinggi, servis percuma dan nilai pemilikan yang lebih menarik.
Maklumat lanjut mengenai model serta tawaran kempen boleh didapati melalui laman rasmi dan saluran media sosial OMODA & JAECOO Malaysia. Tertakluk kepada terma dan syarat.
- BACA: OMODA & JAECOO CATAT PENCAPAIAN LUAR BIASA, BAKAL LANCAR J5 TAHUN INI
- BACA: SEASON OF REWARDS: PILIH IKUT GAYA HIDUP, NIKMATI LEBIH NILAI BERSAMA OMODA | JAECOO
- BACA: OMODA | JAECOO MALAYSIA ANJUR ACARA CARI HARTA KARUN 2025 JAECOO J7 PHEV SHS
- BACA: KENAPA ADA CHERY, JAECOO, OMODA, ICAUR, JETOUR? BANYAK BRAND SATU BAPAK?


