Buletin

BMW X4 DILANCARKAN

BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan BMW X4 serba baharu yang merupakan model Sports Activity Coupé (SAC) yang pertama seumpamanya dalam  segmen crossover kompak premium.

 BMW-X4-dilancarkan-mekanika (4)

BMW X4 serba baharu menggabungkan semua ciri utama BMW X. Ia memiliki karekter sebuah coupé, rekaan tersendiri dan kemampuan dinamik terbaik, bersama keselesaan pemanduan serta pengunaan bahan api menjimatkan.

“Ketika BMW mula-mula memperkenalkan BMW X6 pada lewat Mei 2008, dunia pemotoran premium ditawarkan dengan konsep kenderaan yang luar biasa dan revolusionari.

 BMW-X4-dilancarkan-mekanika (6)

“BMW X6 mencatat kejayaan memberangsangkan apabila lebih 250,000 unit terjual di seluruh dunia. Kejayaan ini membuktikan bahawa memang wujud permintaan terhadap kenderaan aktiviti premium yang tampil dengan gayaan dan perkadaran sebuah Coupé,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia yang baru, Alan Harris.

BMW X4 merupakan penambahan terbaharu dalam keluarga BMW X. Ia akan mengukuhkan lagi posisi nombor satu BMW Group Malaysia. Sehingga Julai 2014, sebanyak 5,039 kenderaan yang terdiri daripada BMW, MINI dan BMW Motorrad telah diserahkan kepada para pelanggan. Ia merupakan pertumbuhan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2013.

 BMW-X4-dilancarkan-mekanika (14)

Model ini hadir dalam varian BMW X4 xDrive28i dan BMW X4 xDrive28i M Sport. Kedua-duanya dilengkapi unit enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter yang  menawarkan kuasa mencecah 180kW/245hp.

Enjin itu kemudian dipadankan bersama kotak gear lapan kelajuan Steptronic untuk mencapai tork puncak 350Nm dan masa pecutan 0-100km/j dalam tempoh hanya 6.4 saat. Angka ini kemudian digabungkan dengan purata penggunaan bahan api 7.3 l/100km dan tahap emisi CO2 169g/km.

 BMW-X4-dilancarkan-mekanika (10)

Ketika menawarkan prestasi yang mengagumkan seperti ini, BMW turut memastikan bahawa BMW X4 tetap komited dalam memberikan nisbah keseronokan pemanduan dengan penggunaan bahan api menerusi ciri-ciri BMW EfficientDynamics yang inovatif.

Ini termasuklah mode ECO PRO dengan ECO PRO Route yang berfungsi mengubah suai karekter kereta agar lebih menjimatkan minyak. Sementara ciri BMW xDrive dan Performance Control pula menawarkan prestasi cengkaman yang optimum serta keupayaan mengambil selekoh dalam apa jua kondisi.

 BMW-X4-dilancarkan-mekanika (7)

Ruang dalaman BMW nyata sporty, eksklusif dan memiliki kefungsian yang tinggi. Kapasiti kargonya juga mengagumkan apabila ia mampu menawarkan ruang sebanyak 500 hingga 1,400 liter.

BMW X4  serba baharu sememangnya membuktikan dirinya sebagai peneraju dalam aspek ketersambungan di dalam kereta pintar menerusi ciri-ciri BMW ConnectedDrive.  BMW ConnectedDrive terdiri daripada pelbagai sistem bantuan pemandu (Driver Assistance), servis dan aplikasi.

 BMW-X4-dilancarkan-mekanika (8)

Bagi meningkatkan kualiti infotaimen, pemilik boleh memilih untuk memasang BMW X4  serba baharu mereka dengan paparan warna penuh beresolusi tinggi dan sistem bunyi keliling Harman Kardon apabila menaik taraf kepada pakej M Sport.

Warna-warna yang ditawarkan untuk BMW X4  termasuklah putih, hitam, kelabu dan coklat. Gaya sporty BMW X4 ditingkatkan lagi menerusi pilihan upholsteri dalaman yang terdiri daripada kulit Nevada Mocha dan Nevada Black.

 BMW-X4-dilancarkan-mekanika (2)

Harga BMW X4 (di atas jalan, tidak termasuk insurans, bersama BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) ) ialah RM438,800 untuk BMW X4 xDrive28i dan RM 468,800 (BMW X4 xDrive28i M Sport).
[hr]GALERI

BMW-X4-dilancarkan-mekanika (3)BMW-X4-dilancarkan-mekanika (9)BMW-X4-dilancarkan-mekanika (11)BMW-X4-dilancarkan-mekanika (12)BMW-X4-dilancarkan-mekanika (13)BMW-X4-dilancarkan-mekanika (16)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button