
ARIIC 318GT-S DEBUT DI CHINA DENGAN ENJIN BAHARU – KINI 369CC, 33.5HP
ARIIC telah menaik taraf skuter popular, 318GT bagi tahun 2026 dengan memperkenalkan 318GT-S.
Skuter dengan keupayaan touring itu yang sebelum ini digerakkan enjin satu silinder 330cc kini telah dipertingkat dengan enjin 369cc serba baharu dan kini menawarkan 33.5hp pada 7,250rpm dan 38.3Nm pada 5,7250rpm.

Enjin ini juga dilengkapi dengan dual-balancer shaft yang bertujuan menyerap getara, yang dihasilkan enjin agar tunggangan lebih selesa.
Menurut ARIIC, bukan hanya enjin dinaik taraf malah bahagian casis juga telah ditala semula agar menawarkan keupayaan kembara yang lebih baik dengan mengurangkan gegaran dan mempertingkatkan keseimbangan.

Selain itu, ARIIC turut melengkapkan 318GT-S dengan penghadang angin elektronik, grip pemanas, ABS dual-channel serta traction control, dashcam dan meter TFT generasi kelima.
Menariknya, tempat duduk juga di naik taraf dengan bahan khas yang diimport dari Itali dan direka oleh SHAD.




