BuletinMotosikal

HONDA RS150R V2. MAAF. KITA TAK DAPAT VERSI WINNER X VIETNAM!

Pagi ini beberapa imej tular dalam kumpulan whatsapp dan laman sosial, kelihatan beberapa keping gambar Honda RS150R “facelift” yang sedang diturunkan dari lori pengangkut motosikal. Imej tersebut jelas memperlihatkan Honda RS150R yang diperbaharui dengan beberapa bahagian.

Apa yang ditunggu-tunggu sebagai V2 sama seperti Winner X Vietnam nampaknya tak kesampaian di mana perubahan ini adalah sangat minimal dengan hanya beberapa kemasan kecil yang dapat dilihat. Ya, Malaysia tidak mendapat spesifikasi Honda Winner X Vietnam.

SPESIFIKASI SAMA DENGAN HONDA SUPRA GTR INDONESIA

Nampaknya kita hanya mendapat spesifikasi yang sama dengan Indonesia sahaja. dan buat masa ini atas sebab-sebab yang tidak diketahui nampaknya Honda Winner X yang juga sepatutnya menjadi RS150R V2 eksklusif untuk pasaran Vietnam sahaja.

Perubahan yang paling ketara ialah lampu belakang yang kini tidak diintegrasikan bersama lensa putih sebaliknya hanya lampu brek/belakang semata-mata.

Disebabkan lampu belakang dibina dalam perumah dengan penutup khas maka peluang untuk “mengalihkan” lampu membelok ke bahagian lampu brek tidak ada langsung. Melainkan anda beli set lampu belakang V1 dan pasangkan pada ekor V2 ini.

Model Honda Winner X yang ditunggu-tunggu masuk Malaysia akhirnya tak tiba

Perubahan yang mungkin paling dominan ialah meter utamanya kini sudah digital sepenuhnya menggantikan analog-digital pada model RS150R sediada. Mungkin inilah satu-satunya spesifikasi yang diambil daripada Winner X di Vietnam.

TIADA ABS

Ya. Berbeza dengan V2 di Vietnam yang sudahpun didatangkan dengan brek ABS satu hala di hadapan, Boon Siew Honda nampaknya memilih untuk tidak memasang ABS untuk spesfikasi RS150R tempatan. Kami yakin, ia berkemungkinan besar disebabkan faktor kos dan bakal mempengaruhi harga jualan.

Pada keadaan sekarang, Honda RS150R dijual sedikit mahal berbanding Yamaha Y15ZR dan jika ia didatangkan dengan brek ABS dan kelengkapan facelift sama dengan Vietnam, ia mungkin 10-15 peratus lebih dari Yamaha Y15R.

Apapun, kami sedikit terkejut kerana model ini tidak dilancarkan secara rasmi. Tiada siaran akhbar, tiada majlis pelancaran rasmi tiada pemberitahuan pun.

Nah, kami ada video review RS V2 yang baru ni

KEMASKINI: KREDIT FOTO RUL LC melalui facebook

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button