BUGATTI TOURBILLON LAGI POWER DAN LAGI RINGAN DARI CHIRON. EH MACAM MANA TUE?
Bugatti Tourbillon telahpun dilancarkan dengan harga melebihi 4 juta, dan harga tersebut disertakan dengan rekaan meter mekanikal yang dihasilkan daripada titanium, kemasan dan cesi gentian karbon dan juga rekaan stering yang sangat unik.
Hypercar ini juga dikuasakan dengan enjin 8300cc V16 aspirasi normal yang menjana 1000 serta digandingkan dengan trenkuasa elektrik bagi menjana sehingga 800 kuasa kuda. Gabungan kuasa ini adalah jauh lebih tinggi daripada kebanyakan hypercar yang ada di dunia ini.
Walaupun dibekalkan dengan trenkuasa yang cukup canggih dan menghasilkan kuasa yang tinggi, Tourbillon adalah jauh lebih ringan berbanding dengan model Chiron yang digantikannya. Antara strategi yang digunakan oleholeh Bugatti termasuklah:
1. Menggunakan bateri yang kecil sekiytar 25kWh sahaja, tapi datang dengan kuasa yang cukup besar dan ketumpatan tinggi. Ini bermakna bateri 800volt yang digunakan oleh Tourbillon adalah ringan dan juga bersaiz kecil
2. Bateri ini juga menggunakan elektrolit yang bertindak sebagai cecair penyejukan dan tidak menggunakan sistem peyejukan khas yang lebih berat. Cecair dielectric ini juga boleh direka dengan kompak serta menggunakan konsep yang sama seperti Caterham Seven EV
3. Trenkuasa Tourbillon juga menggunakan 1 motor elektrik yang ditanam di dalam transmisi 8 kelajuan DCT, menawarkan ketumpatan kuasa sehingga 6kW/kg. Sistem ini juga tidak memerlukan motor reduction gear untuk beroperasi, lebih ringkas dan ringan
2 lagi motor elektrik dipasang pada gandar depan menjadikan keseluruhan kuasa yang dihasilkan ialah 1775 kuasa kuda
4. Sistem 4 turbo atau quadturbo telah digantikan dengan sistem aspirasi normal yang lebih ringkas dan menghasilkan bunyi yang lebih mekanikal. Tanpa sistem turbo, Bugatti tidak perlu memikirkan isu sistem penyejukan yang kompleks, intercooler dan sistem sokongan turbo
Enjin V16 8300cc ini hanyalah seberat 250kg sahaja berbanding dengan enjin W16 quadturbo yang digunakan oleh Chiron dengan berat 435kg
5. Tourbillon juga menggunakan cesi monocoque yang dihasilkan daripada gentian karbon, sub kerangka aluminium, pek bateri aluminium, brek dengan gentian karbon seramik serta rekaan meter mekanikal yang dihasilkan daripada titanium
Dari segi saiz, Bugatti Tourbillon datang dengan panjang 4671mm dan lebar 2051mm adalah lebih panjang dan lebar daripada Bugatti Chiron. Walaupun diberikan sistem hibrid yang kompleks, Tourbillon adalah lebih ringan dan berkuasa berbanding dengan Chiron