Motosikal

BENELLI 902S 2024 DEBUT DI CHINA – 105HP, 80NM

Benelli telah memperkembang model ‘naked’ dengan pelancaran Benelli 902S di China. 

Untuk rekod, 902S merupakan varian terbesar bagi keluarga motosikal ‘naked’ yang ditawarkan jenama Itali-China itu selepas 752S. Pelancaran 902S juga menempatkan jenama Benelli dikalangan pemain utama termasuk Yamaha MT-09, KTM 990 Duke, Triumph Street Triple 765 dan Ducati Monster generasi terbaru. 

*enjin parallel-twin 904cc

Atas kertas, 902S dikuasakan enjin parallel-twn 904cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 105hp dan 80Nm. Benelli mendakwa enjin serba baharu ini dibangunkan untuk menawarkan aliran kuasa yang lebih berkuasa dan lancar sesuai untuk tunggangan dalam bandar dan laluan berselekoh. 

*6kg lebih ringan berbanding 752S

Selain itu, Benelli turut memaklumkan bahawa platform baharu ini menawarkan penggunaan bahan api yang efisien. 

Mengekalkan reka bentuk mirip 752S, versi 900cc juga dilengkapi dengan kerangka steel-trellis. Selain itu, 902S juga menawarkan kelengkapan premium termasuk brek Brembo dan suspensi Marzocchi. 

Benelli 902S ini turut menawarkan pencahayaan LED penuh, skrin TFT berwarna, traction control boleh laras dan ABS. Seperti 752S, model baharu ini juga dilengkapi dengan fender tayar di belakang. 

*kerangka trellis

Menariknya, walaupun disuntik enjin lebih besar namun 902S ini adalah enam kilogram lebih ringan berbanding 752S dengan 220kg. 

GALERI: BENELLI 902S

Google ads
Back to top button