,
Buletin

BUICK ENVISION 2021 SERBA BAHARU

Jenama Buick ini pasti kedengaran cukup asing di pendengaran kita. Ramai yang kurang mengenali jenama yang berasal dari Amerika Syarikat ini. Walau pun berasal dari Amerika Syarikat, kini Buick duduk dibawah naungan SAIC-GM dengan kadar perkongsian 50-50. Kini mereka memperkenalkan sebuah SUV Envision yang baharu, khusus untuk dipasarkan pada tahun 2021 nanti.

Jikalau rekaan generasi pertama Buick Envision ini dianggap biasa sahaja, namun rekaan Envision terbaharu ini jelas berupaya kembali membuka mata buat penggemar SUV. Rekaannya kelihatan lebih tajam dan dinamik berbanding model terdahulu yang kelihatan agak lembut. Namun yang jelas, Buick Envision terbaharu ini mempunyai pengaruh SUV dari Asia yang cukup kuat. Entah kenapa melihatkan dari sisi model ini, seadakan seperti Mazda 5 pula kelihatannya. Ke macam mana?

Bahagian kabin Buick Envision ini bakal menggunakan sistem infohiburan dengan skrin sesentuh bersaiz 10 inci yang mana tersedia dengan sistem Amazon Alexa, Spotify, sambungan Android serta Apple CarPlay2. Itu sahaja maklumat yang dikongsikan. Tapi kalau melihatkan rekaan kabin Envision sedia ada, memang kelihatan cukup bergaya, tak padan pula dengan rekaan luarannya.

Manakala ciri keselamatan yang pada SUV yang lawa ini meliputi Automatic Emergency Braking, Front Pedestrian Braking, Following Distance Indicator, Rear Cross Traffic Alert, serta Lane Change Alert with Side Blind Zone Alert. Bahasa mudahnya, SUV ini dilengkapi dengan ciri – ciri keselamatan setanding dengan SUV terkemuka yang ada di pasaran.

Jikalau model generasi pertama menggunakan enjin bersesaran 2.5 liter, tapi Envision baharu ini turut bakal mengguna enjin baharu, 2.0 liter lengkap dengan pendesak turbo yang turut dipadankan dengan kotak gear auto sembilan kelajuan.

Walau pun mendapat komentar yang menarik daripada kolumnis di Amerika Syarikat, namun pihak Global Buick & GMC masih belum mendedahkan sepenuhnya rekaan bahagian kabin serta yang paling penting adalah aras harga yang ditawarkan. Pembeli di Amerika Syarikat barangkali kena menunggu sehingga awal tahun 2021 sebelum boleh mula menempahnya. Barangkali harganya akan berada di bawah $40,000 (RM171,120) jikalau harga model terdahulu menjadi perbandingan.

BACA : FAW SENIA R9 – AWA JUGA SUV CHINA NI

BACA : DFSK GLORY iX5 – SUV MADE IN CHINA

Tags
Google ads
Back to top button