Buletin

PIRELLI CINTURATO P7. MAMPU ADAPTASI SUHU DAN KONDISI PEMANDUAN

Pirelli telah memperkenalkan tayar Cinturato P7 generasi baharu. Versi terdahulu disifatkan sebagai tayar untuk kegunaan musim panas yang cemerlang dari segi prestasi di atas jalan basah dan kering. 

Pengeluar tayar itu mahu mengekalkan reputasi berkenaan, tetapi dengan sedikit perubahan. Hasilnya, Cinturato P7 mampu mengadptasi perubahan suhu dan kondisi pemanduan. 

Sebagai pemandu, anda perlu tahu bahawa perubahan suhu boleh mengubah keupayaan sesebuah tayar. Ini penting terutama jika anda tinggal di kawasan yang perubahan cuacanya sukar diramal. 

Justeru, Pirelli mahu menyelesaikan masalah itu dengan satu teknologi baharu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

Menurut Pirelli, corak bunga Cinturato P7 dperkaya dengan resin silikon khas yang berfungsi meningkatkan cengkaman dan menambah baik fungsi polimer tayar. 

Polimer elastik itu diubah suai secara kimi untuk berinteraksi dengan silikon dan memberi maklum balas terhadap perubahan suhu. Senang cakap, kompoun dan agihan partikel silikon yang lebih baik mampu mengubah karekteristik tayar bergantung kepada keadaan.  

Jadi, Cinturato P7 dapat menawarkan prestasi cengkaman dan prestasi membrek yang lebih baik, tanpa mengira suhu atau kondisi jalan raya, sekali gus meningkatkan aspek keselamatan. Ia juga hadir dengan teknologi Run Flat dan Seal Inside.  

Dihasilkan untuk kegunaan kenderaan mewah, Cinturato P7 boleh didapati dalam saiz 16 hingga 19 inci. 

Tags
Google ads
Back to top button