Artikel Pilihan

DFSK GLORY ix5 – SUV COUPE MADE IN CHINA

Memandangkan wabak SUV sedang melanda seluruh pelusuk dunia, maka Brader Karrager bawakan sebuah lagi SUV dari China juga. Tapi yang ini bukan sebarang SUV, ianya adalah SUV Coupe. DFSK Glory ix5 ini adalah antara model terbaharu yang terlebih dahulu diperkenalkan kepada pasaran China pada November tahun lepas. Awal sedikit berbanding model Geely FY11.

Pengenalan Glory ix5 sewaktu awal tahun 2018 sewaktu Beijing Auto Show dan DFSK terus sahaja melancarkan pada penghujung tahun. Nampak sangat mereka sememangnya telah bersedia untuk menawan hati pembeli tanpa perlu menunggu lama.

Jikalau sebelum ini buat golongan ada – ada, BMW X6 atau pun Mercedes GLC Coupe pasti menjadi pilihan buat mereka yang mempunyai jiwa muda dan tidak memerlukan seorang pemandu. Apa gila pakai kereta sedap dan lawa sebegini nak duduk belakang pula kan?

Rekaan hadapannya barangkali ada yang kurang menggemari tentang saiz grilnya. Sarat sangat. Mujur juga lampu utama dah guna LED berserta dengan DRL yang turut menggunakan LED. Nampaklah gaya moden.

Bahagian belakangnya jikalau dilihat anak kecil pun boleh mengetahui bahawasanya ianya adalah sebuah Coupe apabila tiang belakangnya dipotong rendah.

Penggunaan rim bersaiz 19 inci juga menjadikan SUV Coupe ini lebih menyerlah. Nak pakai saiz 18 macam dah biasa – biasa pula.

Ruangan kabin pula jelas sekali menampilkan ciri – ciri mewah, setara dengan SUV jenama Eropah. Sudah tentulah penggunaan kulit Nappa yang membaluti tempat duduk menjelaskan lagi definasi mewah pada Glory ix5 ini.

Penggunaan EPB (Electronic Parking Brake) dan juga lever gear yang persis pesawat pasti meningkatkan prestij dan keselesaan kepada pemandunya. Bumbung panaroma yang tersedia juga boleh digunakan.

Manakala ciri – ciri seperti kamera 360′, Lane Departure Warning, Forward Collision Warning System turut tersedia. Oh ya! Kawalan Suara turut boleh digunakan untuk membuka Bumbung Suria bagi melihat bintang di awan. Baru boleh saing dengan Hi Proton.

Enjinnya pula dibekalkan dengan dua pilihan 1.5 Turbo dan juga 1.8 NA. Sama seperti model Glory 560. Jadi kuasa yang ada pun tidaklah banyak beza sangat.

Jadinya berapakah harga yang sepatutnya bagi sebuah SUV Coupe yang kelihatan mewah ini? Di China harganya adalah sekitar Yuan 149,800 (RM91,937). Masih murah jikalau dibandingkan dengan SUV Coupe Eropah. Tapi kualitinya pasti berada pada aras sebuah X6.

BACA : GEELY DEDAH FY11 – MODEL SUV COUPE PERTAMA GUNA PLATFORM CMA

BACA : AUDI Q8, BUKTI PASARAN SUV SEMAKIN BESAR DAN MEWAH

Google ads
Back to top button