Buletin

AXA FlexiDrive, INSURANS KENDERAAN TELEMATIK PERTAMA DI MALAYSIA – TAWAR PREMIUM LEBIH MURAH

AXA Affin General Insurance (AAGI) baru-baru ini melancarkan produknya yang inovatif, dikenali sebagai AXA FlexiDrive.

Dengan menggunakan teknologi telematik, AXA FlexiDrive dapat membantu pengguna untuk lebih memahami tabiat memandu. Di samping mengetahui faktor-faktor yang menjejaskan premium insurans mereka.

Peranti telematik itu akan dipasang di bahagian enjin dengan bayaran hanya RM70.

Antara ciri menarik AXA FlexiDrive ialah:

  • Diskaun Pemanduan Selamat sehingga 20%: Dengan memantau tabiat pemanduan termasuklah tahap kelajuan, jarak dan cara memandu, pelanggan boleh mengumpul diskaun premium untuk digunakan ketika hendak memperbaharui insurans yang seterusnya.
  • Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan: Sekiranya berlaku kemalangan, amaran akan dikeluarkan secara automatik. Selepas disahkan, bantuan kecemasan akan dihantar ke lokasi kemalangan yang serius.
  • Sekuriti dan pemulihan kenderaan dicuri: Makluman masa sebenar apabila wujud sebarang bentuk sabotaj atau kerosakan kenderaan dikesan. Dalam kes kecurian, selepas menerima laporan polis, AXA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan semula dan nemulihkan kenderaan yang dicuri.

AXA turut melancarkan aplikasi mudah alih AXA FlexiDrive untuk membolehkan pelanggan meneliti Diskaun Pemanduan Selamat. Selain menerima tips memandu dan menyemak status bateri kereta. Semuanya di hujung jari anda!

Dengan liberalisasi  premium insurans kenderaan yang bakal dilaksanakan, AXA FlexiDrive adalah pilihan lebih bijak. Ini kerana ia membolehkan anda mempunyai lebih kawalan ke atas insurans kenderaan. Pada masa yang sama menambah baik tabiat memandu dan meningkatkan aspek keselamatan.

Lebih menarik lagi, pelanggan boleh menikmati semua faedah ini tanpa premium tambahan. Hanya perlu bayar insurans kenderaan komprehensif persendirian dan anda boleh mula menikmati semua manfaat AXA FlexiDrive.

“Menurut statistik MIROS dan PIAM, satu kemalangan jalan raya berlaku setiap minit dan satu kereta dicuri setiap 24 minit di Malaysia. Saya yakin AXA FlexiDrive akan membantu kami meningkatkan aspek keselamatan jalan raya dan kenderaan di Malaysia, “kata Ketua Pegawai Eksekutif AAGI, Emmanuel Nivet.

AXA Malaysia kini merupakan sebahagian daripada AXA Connected Car Group di seluruh dunia termasuklah di Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Switzerland, dan United Kingdom.

Maklumat lanjut, sila layari www.axa.flexidrive.com

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button