Buletin

INGATKAN POLIS, LELAKI INI LARI KELUAR DARI KERETA SELEPAS DENGAR SIREN JENTERA BOMBA

Satu klip video yang lucu kini mendapat perhatian di laman YouTube. Walaupun hanya berdurasi 25 saat, ia cukup untuk membuatkan anda ketawa berdekah-dekah.

Rakaman itu diambil daripada kamera sebuah jentera bomba. Ia bermula dengan kenderaan tersebut keluar dari sebuah balai bomba menuju ke lokasi kecemasan. Macam biasa, siren dibunyikan dan lampu merah dinyalakan.

Tetapi, apabila jentera bomba tersebut menghampiri sebuah Honda Accord, pemandunya secara tiba-tiba menghentikan kereta dan berlari keluar. Jelas sekali dia ingat polis peronda yang membunyikan siren dan mengarahkan dia keluar dari kereta.

Masih tidak jelas kenapa lelaki tersebut bertindak sedemikian. Namun, sudah pasti ada sesuatu yang mencurigakan berlaku. Macam kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.

Mujurlah dia lari daripada pegawai bomba dan bukannya polis. Kalau polis memang dah lama kena kejar.

Google ads
Back to top button