Buletin

APA KHABAR JUALAN DI INDONESIA? XPANDER ATAU AVANZA PALING LARIS?

Kebelakangan ini industri automotif hangat dengan beberapa isu. Pertama ialah tentang Proton dan Geely, kedua ialah tentang projek kereta nasional baharu dan ketiga ialah tentang kereta ASEAN.

Ketiga-tiga ini mempunyai merit tersendiri tetapi yang paling mempunyai potensi ialah projek kereta ASEAN.

Selepas mendapat lampu hijau daripada Tun Dr. Mahathir dan Joko Widodo, kedua-dua agensi dari Malaysia dan Indonesia iaitu Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Institut Otomotif Indonesia (IOI) telah memulakan langkah awal ke arah kerjasama ini.

Kenapakah projek kereta ASEAN ini menarik? Jualan kereta di Indonesia setakat Julai 2018 sudah pun 659,000 unit manakala di Malaysia pula sebanyak 358,000 unit.

Kredit foto: MAI

Jumlah ini begitu besar untuk diabaikan. Suka juga untuk dimaklumkan bahawa selama berpuluh tahun pasaran automotif ASEAN didominasi oleh pengeluar dari Jepun.

Ini yang harus direnungi dan diterokai oleh pemimpin dan penduduk ASEAN.

Walaupun begitu setiap negara di ASEAN mempunyai citarasa kenderaan yang tersendiri. Ini ada kaitan dengan gaya hidup dan latar belakang ekonomi sesebuah negara.

Toyota Avanza Malaysia

Pasaran tempatan menggemari kereta sedan dan hatchback manakala pasaran Indonesia pula lebih kepada MPV kecil. Oleh itu sebelum berhujah jauh tentang projek kereta ASEAN atau hendak bersembang dengan rakan-rakan kami tampilkan 20 model terlaris di Indonesia pada bulan Julai 2018.

Senarai ini dapat memberi gambaran segmen manakah yang mempunyai potensi besar dalam projek kereta ASEAN.

Berikut ialah senarai 20 model terlaris Indonesia yang diambil dari laman oto.detik.com:

  1. Mitsubishi Xpander – 7,601
  2. Toyota Calya – 6,694
  3. Toyota Avanza – 6,480
  4. Toyota Innova – 5,011
  5. Daihatsu Sigra – 4,903
  6. Suzuki Ertiga – 4,449
  7. Honda Brio Satya – 4,379
  8. Honda HR-V – 3,238
  9. Daihatsu Xenia – 3,089
  10. Suzuki Carry Pick-up – 2,848
  11. Toyota Rush – 2,832
  12. Honda Mobilio – 2,764
  13. Daihatsu Terios – 2,700
  14. Mitsubishi Pajero Sport – 2,624
  15. Toyota Agya – 2,511
  16. Daihatsu Ayla – 2,289
  17. Suzuki Ignis – 1,930
  18. Daihatsu Granmax Pick up – 1,725
  19. Toyota Fortuner – 1,362
  20. Toyota Yaris – 1,319

Sudah jelas lagi nyata bahawa segmen kegemaran Indonesia ialah MPV sederhana dan kecil seperti Mitsubishi Xpander, Toyota Avanza dan Toyota Calya.

Satu lagi perkara menarik ialah dua model kembar seperti Toyota Calya dan Daihatsu Sigra tetap mendapat sambutan tinggi. Begitu juga dengan Toyota Agya dan Daihatsu Ayla yang merupakan kembar kepada Perodua Axia.

Daihatsu Sigra

Satu lagi perkara menarik ialah tiada satu pun model Nissan tersenarai dan model sedan segmen B seperti Honda City atau Toyota Vios.

Dengan senarai kami tertanya-tanya segmen manakah yang akan disertai oleh projek kereta ASEAN?

Google ads
Back to top button