BuletinMotosikalSpyshot

SPYSHOT: MODENAS KRISS MR2 DI TEMUI DI UTARA

Menjelang pelancarannya seperti yang diwar-warkan dalam laman facebook Modenas kelmarin, kami menerima foto risikan yang dipercayai Mdenas MR2 sedang diuji di jalan raya terbuka di sebelah Utara. Menurut sumber, Ia adalah fasa terakhir produksi sebelum pelancarannya dijangka pada bulan hadapan.

Seperti yang kita sedia maklum, Modenas agresif sejak awal tahun ini dengan permulaan pelancaran barisan skuter Kymco 250i, Elegan 250 dan Karisma 125. Mereka juga dikatakan akan membariskan beberapa lagi model yang akan diperkenalkan sepanjang 2017. Salah satunya ialah kapcai bajet MR2 yang akan menggantikan MR1 di pasaran.

Ia adalah KRISS di zamannya. Saya masih ingat sekitar tahun 1997 bila Modenas memperkenalkan Kriss 110, ia jadi pengangkutan asas bilamana kerjasama dengan Kawasaki berhasil mendapat produk akhir yang dipercayai. Motosikal asas ini jadi pilihan utama penunggang yang baru berjinak untuk membeli kenderaan dua roda.

Menerusi foto yang kami terima, MR2 nampaknya telah dinaiktaraf. Walaupun merupakan motosikal “asas” ia dilengkapi dengan rekabentuk yang sporty, peredam ekzos rekabentuk baru, rim aloi berjejari berkembar dan juga brek cakera hadapan. Kini, ia juga direka dengan sepasang lampu “dada”, trend terkini untuk motosikal underbone moped.

Tidak diketahui enjin yang digunakan, namun seperti yang biasa dipraktikkan dalam industri dua roda, berkemungkinan besar akan menggunakan enjin sedia ada 110cc dengan penyampaian bahanapi sistem karburetor serta transmisi empat kelajuan dengan anjakan berputar.

Sama-sama kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

BACA: TEASER MR2 DI LAMAN FACEBOOK MODENAS

BACA: SPYSHOT, BMW ADVENTUR PALING KECIL GS310

 

 

 

Google ads
Back to top button