Motosikal

ETIQA PERKENAL MYRIDER PLUS PERLINDUNGAN TAMBAHAN UNTUK RIDER DI MALAYSIA

Etiqa dengan rasminya memperkenalkan MyRider Plus yang merupakan perlindungan tambahan bagi polisi dan insurans Etiqa Comprehensive Motorcycle sedia ada. 

Untuk rekod, insurans Etiqa Comprehensive Motorcycle menawarkan perlindungan terhadap kerosakan, kecurian dan kemalangan namun MyRider Plus yang merupakan tawaran tambahan (optional add-on) pula bertujuan melindungi penunggang motosikal dan pembonceng. 

Menerusi MyRider Plus, penunggang akan menikmati perlindungan berikut:

  • bantuan tepi jalan 24/7 termasuk towing tanpa had perbatuan. 
  • perlindungan perbelanjaan perubatan
  • perlindungan kemalangan peribadi
  • elaun kemalangan
  • elaun banjir
  • bantuan kewangan

MyRider Plus ini adalah satu tawaran tambahan untuk pengguna motosikal 250cc ke atas dan merangkumi penunggang motosikal harian (ulang-alik ke tempat kerja), penunggang hujung minggu, peminat kembara, ahli kelab motosikal, dan penunggang motosikal berkuasa tinggi. 

Untuk maklumat lanjut dan terperinci layari www.etiqa.com.my

Google ads
Back to top button