Buletin

KEMALANGAN LAMBORGHINI HURACAN DI CHINA – KE DALAM TIMBUNAN SAMPAH

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

China adalah antara pasaran kereta mewah terbesar di dunia. Setiap jenama premium pasti mempunyai rangkaian pengedar di sana dan seperti yang diketahui, di sana ramai jutawan, billionwan dan juga golongan bangsawan. Bila bercakap tentang orang kaya pula, kereta-kereta sport mewah seperti Lamborghini dan Ferrari adalah permandangan biasa.

Seperti lazimnya, bila sudah banyak kereta power atas jalan, tidak semua pemandunya cekap. Ye lah, kau ingat orang kaya ni semua pandai kawal kereta ke? Dia beli sebab banyak duit saja. Bagi kereta-kereta prestasi seperti Huracan, mengawalnya bukanlah sama macam sebuah Proton Saga BLM dengan stiker Marshall.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Walaupun tidak ditampal dengan sticker M7 Japan di sekeliling badan, Lamborghini Huracan ini telah dipandu secara membuta tuli katanya. Kejadian ini berlaku di bandar Loudi yang terletak di provinsi Hunan. Model LP610-4 ini memang bukan untuk orang biasa-biasa saja kau nak kawal 610 kuasa kuda.

Kereta ini dikatakan dipandu laju di selekoh dan hilang kawalan dan terbabas masuk ke kawasan sampah. Kerosakan yang dialaminya agak teruk di bahagian hadapan. Pemandu dan penumpang bagaimanapun terselamat.

BACA: PAGANI HUAYRA JADI_JADIAN DARI CHINA

BACA: KEMALANGAN EVOQUE ASLI DAN EVOQUE PALSU

Tags
Google ads
Back to top button