Buletin

GRACSHAW X MOBILE SUIT GUNDAM DIRASMIKAN – RM498

Jenama helmet tempatan, GRACSHAW dengan rasminya melancarkan kolaborasi terbaru kali ini dengan Mobile Suit Gundam. 

GRACSHAW X Mobile Suit Gundam itu  menampilkan tiga model istimewa yang diilhamkan dari karakter animasi Mobile Suit Gundam, RX-78-2 Gundam, MS-06S Char’s Zaku II dan MS-06F Zaku II. 

Mengguna pakai model Glaive,  GRACSHAW telah memastikan setiap sudut helmet dipenuhi dengan elemen Mobile Suit Gundam yang sebenar. 

Menariknya, kami difahamkan pihak pemegang lesen Mobile Suit Gundam, Bandai Namco beberapa kali membuat semakan bagi memastikan setiap komponen benar-benar mencerminkan animasi ikonik tersebut. 

Selain menawarkan corak Mobile Suit Gundam, pihak GRACSHAW juga memastikan helmet Glaive tersebut turut didatangkan dengan ‘duck tail’ secara standard berbanding berasingan pada model Glaive biasa. 

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan GRACSHAW X Mobile Suit Gundam ini dengan harga jualan RM498. 


Untuk rekod, hanya 1,500 unit model Glaive RX-78-2 Gundam ditawarkan sementara 1,000 unit bagi Glaive MS-06S Char’s Zaku II dan 500 unit bagi  MS-06F Zaku II. 

GALERI: GRACSHAW X MOBILE SUIT GUNDAM

Google ads
Back to top button