Artikel PilihanBuletin

BYD LANCARKAN PAKEJ SERVIS LEPAS JUALAN, DARI 3 HINGGA 8 TAHUN

Bagi mengukuhkan jenama BYD serta memberikan khidmat lepas jualan yang lebih baik pada pelanggan di dalam negara, Sime Darby Motor BYD melancarkan beberapa pilihan pakej servis kepada pemilik kenderaan elektrik BYD. Antara pakej yang ditawarkan ialah Pakej Servis Standard dan Pakej Servis Tambahan.

Pakej Servis Standard disediakan untuk tempoh tiga, enam dan lapan tahun atau pada jarak 60,000 kilometer (KM), 120,000KM atau 160,000KM masing-masing, pada harga daripada RM1,688 hingga RM4,888.

Pakej servis ini merangkumi penukaran minyak gear reducer, penggantian penapis penyaman udara, servis cecair brek, servis pendingin pemacu motor dan servis pendingin sistem penyaman udara.

Sementara itu, pakej servis tambahan disediakan pada tempoh enam tahun atau 120,00KM dan lapan tahun atau 160,000KM, pada harga daripada RM7,888 hingga RM12,888. Perkhidmatan tambahan termasuk penggantian cecair pencuci cermin depan, penggantian bilah pengelap cermin (depan dan belakang), penggantian bateri alat kawalan jauh, penggantian bateri 12V, penggantian pad brek (depan dan belakang), dan juga penggantian cakera brek (depan dan belakang).

Semua proses servis akan dijalankan oleh juruteknik bertauliah dan terlatih dengan kemahiran khusus dalam kemahiran pengendalian kereta elektrik. Sime Darby Motors juga memiliki 3 Pusat Membaiki & Mengecat Badan Kenderaan (Body & PaintO berlesen yangterletak secara strategik di Pulau Pinang, Bukit Jelutong-Lembah Klang, dan Johor Bahru.

Pusat-pusat ini menawarkan perkhidmatan khusus iaitu pembaikan badan kereta yang kecil dan besar serta dilengkapi bengkel cat dan ruang mekanikal lanjutan. Ketiga-tiga Pusat Membaiki & Mengecat Badan Kenderaan ini merupakan kemudahan baik pulih sah bagi panel insurans untuk memastikan pemilik BYD boleh memanfaatkan kerja pembaikan badan yang profesional.

Dengan memanfaatkan sistem penjejakan digital, pusat pengedaran alat ganti ini memastikan bekalan stok alat ganti dan penghantaran tepat pada masanya kepada lokasi BYD di seluruh negara. Keadaan ini memastikan stok alat ganti sentiasa ada apabila diperlukan oleh pelanggan

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong, dan Macau, berkata, “Perkhidmatan selepas jualan ialah komponen penting di rantaian nilai kami. Sime Darby Motors mempunyai pusat membaiki & mengecat badan kenderaan dengan piawaian tertinggi yang diluluskan oleh panel insurans.”

“Pusat-pusat tersebut terletak secara strategik di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru. Kami juga sukacita untuk mengumumkan pelancaran pakej servis baharu sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang memberikan ketenangan fikiran dalam seluruh aspek kepada semua pemilik BYD di Malaysia.”

Google ads
Back to top button