
MERCEDES-BENZ CLE, COUPÉ ANGGUN UNTUK PEMINAT C-CLASS DAN E-CLASS COUPÉ!
Satu kepakaran Mercedes-Benz ialah membina coupé yang sporti dan elegan. Sama ada dalam bentuk berkotak atau bujur, Mercedes-Benz berjaya melakukannya.
Meneruskan legasi tersebut ialah CLE Coupé baharu yang akan dilancarkan di Eropah pada November dan CLE Cabriolet pada tahun depan.
Apa yang menarik ialah CLE menggantikan dua model sekaligus, C-Class Coupé dan E-Class Coupé.

Legasi reka bentuk model dua pintu Mercedes-Benz diteruskan dengan perkadaran badan, permukaan badan yang elegan dan gaya sporti.
CLE nampak atletik dengan bahagian depan yang melanjur atau hidung ikan yu, bonet rendah, lampu besar LED rata dan gril radiator tiga dimensi. Tukup dengan kontur melambangkan kuasa.
Bahagian sisi menyerlahkan keanggunan CLE, jarak roda panjang dan roda depan jauh ke depan dan bonet nampak panjang. Imej tersebut membayangkan model klasik Mercedes-Benz.

Bahagian belakang juga menarik dan nampak sibuk pada bawah bampar. Secara keseluruhan atau seperti yang dikatakan, CLE sebuah coupé yang anggun dan sukar untuk tidak menyukainya.
Perbezaan dimensi di antara CLE Coupé, C-Class Coupé dan E-Class Coupé:
|
|
CLE Coupé |
C-Class Coupé |
E-Class Coupé |
|
|
Panjang |
mm |
4,850 |
+164 |
+15 |
|
Lebar |
mm |
1,860 |
+50 |
0 |
|
Tinggi |
mm |
1,428 |
+23 |
-2 |
|
Jarak roda |
mm |
2,865 |
+25 |
-8 |
|
Juntaian depan |
mm |
888 |
+98 |
+38 |
|
Juntaian belakang |
mm |
1,097 |
+41 |
-15 |
|
Lebar trek depan/belakang |
mm |
1,605/1,616 |
+38/+68 |
0/+7 |
Selain itu, dibandingkan dengan C-Class Coupé penumpang belakang mempunyai tambahan 10 mm ruang kepala, 19 mm ruang bahu dan 72 mm ruang lutut. Ruang but bertambah 60 liter dan muat tiga beg golf.
Pada bahagian dalam, CLE dilengkapi skrin 12.3 inci, paparan instrumen digital penuh 11.9 inci, lampu suasana dengan 64 warna dan semestinya kerusi sport yang cantik.

Pelanggan diberi pilihan untuk mendapatkan sistem bunyi 3D sekeliling Burmester® dan pembesar suara pada penyandar kepala.
Menggerakkan CLE Coupé ialah sejumlah pilihan enjin petrol dan diesel yang digabung dengan penjana penghidup bersepadu (ISG) dan sistem elektrikal 48-volt untuk sistem mild-hybrid.
Kesemua enjin menggunakan transmisi automatik 9G-TRONIC.

Berikut rangkaian kuasa untuk CLE Coupé:
|
|
|
CLE 220 d |
CLE 200 |
CLE 200 4MATIC |
CLE 300 4MATIC |
CLE 450 4MATIC |
|
Enjin |
cm3 |
1,993 |
1,999 |
1,999 |
1,999 |
2,999 |
|
Prestasi |
kW/PS |
145/200 |
150/204 |
150/204 |
190/258 |
280/381 |
|
RPM |
1/min |
3,600-3,600 |
5,800-5,800 |
6,100-6,100 |
5,800-5,800 |
5,800-6,100 |
|
Tambahan kuasa lonjakan EG |
kW/PS |
17/23 |
17/23 |
17/23 |
17/23 |
17/23 |
|
Tork |
Nm |
440 |
320 |
320 |
400 |
500 |
|
RPM |
1/min |
1,800-2,800 |
1,600-4,000 |
2,000-4,000 |
2,000-3,200 |
1,800-5,000 |
|
Tambahan lonjak tork EQ |
Nm |
200 |
200 |
200 |
200 |
200 |
Pecutan dan kelajuan:
|
0-100 km/j |
saat |
7.5 |
7.4 |
7.5 |
6.2 |
4.4 |
|
Top speed |
km/j |
238 |
240 |
236 |
250 |
250 |
Casis CLE dibuat 15 mm lebih rendah berbanding C-Class sedan dan pilihan DYNAMIC BODY CONTROL melaras redaman gandar depan dan belakang secara berterusan bersama rear-axle steering untuk pengendalian lincah dan selesa.
Selain itu, walaupun mempunyai dimensi lebih besar berbanding C-Class Coupé, CLE Coupé boleh berpusing dengan radius lebih kecil atau 10.7 meter berbanding 11.2 meter.

Dari segi keselamatan, CLE Coupé dilengkapi pelbagai sistem standard seperti Bantuan Perhatian, Bantuan Brek Aktif, Bantuan Pengekalan Lorong Aktif, Bantuan Had Laju Aktif dan Bantuan DISTRONIC Jarak Aktif (Barat Eropah).
Selepas Eropah ke mana destinasi CLE Coupé?
Sebagai imbasan, Mercedes-Benz Malaysia pernah membawa masuk C-Class dan E-Class dalam kedua-dua gaya badan coupé dan cabriolet.

BACA: MERCEDES-AMG GT 63 SE PERFORMANCE, 843HP, BERMULA RM2.08 JUTA
BACA: MERCEDES-MAYBACH GLS 600 2023, SUV SUPER MEWAH DALAM PAKEJ 557 HP, 730NM!
BACA: INI CARA UNTUK MENGENALI MODEL MERCEDES BENZ BERDASARKAN KOD NAMA

























