
BYD MERAIKAN PENGELUARAN KE SEJUTA MODEL DOLPHIN SURF. WOW!!
BYD, pengeluar kenderaan tenaga baharu terkemuka di dunia, telah berjaya mencipta satu lagi peristiwa bersejarah yang cukup penting apabila model Dolphin Surf mereka telah diproduksi mencecah 1 juta pengeluaran sekali gus memberikan penanda aras baharu untuk model EV kompak.
Dikenali di China sebagai BYD Seagull dan Amerika Latin sebagai Dolphin Mini, model EV kompak ini sebenarnya telah mentakrifkan semula perkara yang boleh diharapkan pelanggan di serata dunia tentang bagaimana sebuah EV kompak itu dihasilkan.

Ajaibnya BYD Dolphin Surf ini telah berjaya mencapai angka ke 1,000,000 produksi di kilang pemasangan yang terletak di Xi’an, China, hanya 27 bulan selepas yang pertama, menjadi model terpantas dalam segmennya sekali gus mencipta sejarah baharu.
Naib Presiden Eksekutif BYD Stella Li mengulas: “Dolphin Surf ini telah menetapkan penanda aras dan rekod sejak ia diperkenalkan, mendahului carta jualan bulanan dalam kelasnya lebih daripada 20 kali ganda dalam masa lebih dua tahun. Malah model ini juga merupakan sebuah model superstar global ketika pelancanrannya di Eropah yang berjaya memecahkan halangan kepada penggunaan mobiliti mampan di seluruh dunia, dan kami telah menjadi contoh di seluruh dunia. Tidak kira sama ada anda mengenali kenderaan ini sebagai Seagull, Dolphin Mini atau pun Dolphin Surf, resipi kejayaannya adalah mudah, kenderaan pelepasan sifar yang boleh diakses yang praktikal dan fleksibel untuk kegunaan harian di bandar-bandar dan seterusnya, serta padat dengan teknologi berguna BYD.”
Dolphin Surf telah mencapai kejayaan besar sehinggakan ia memainkan peranan penting dalam pembangunan pasaran EV kompak global. Pengenalannya baru-baru ini di Eropah – di mana kenderaan tenaga baharu menyumbang hanya sembilan peratus daripada segmen A dan B – kini akan membantu meningkatkan kadar penggunaan mobiliti mampan di rantau ini.

Dengan dimensi ukuran 3,990mm panjang, 1,720mm lebar dan 1,590mm tinggi, Dolphin Surf mempunyai dimensi dan pengendalian tangkas yang menjadikannya sangat sesuai untuk kondisi jalan di bandar yang sempit dan tempat letak kereta yang kecil – Namun ianya dilihat cukup bijak kegunaan keluarga kecil dengan ruang yang memadai sebagai kenderaan tunggal menggunakan e-Platform 3.0 yang dibangunkan sendiri oleh BYD.
Dengan mempunyai pilihan meliputi pek bateri dan julat WLTP sehingga 502 km, sudah semestinya model Dolphin Surf ini mampu menarik perhatian pembeli dan tidak hairanlah ianya pantas menjadi pilihan masyarakat untuk memilikinya ditambah dengan pakej serta reka bentuk yang menarik.
BACA : BYD SEAL O6 EV BAKAL DILANCARKAN DI CHONGQING AUTO SHOW – JARAK GERAK 545KM, JANA 215HP

