Buletin

CAT TANDUK DAN GUNA APLIKASI, ANTARA USAHA KERAJAAN FINLAND SELAMATKAN RUSA

Setiap tahun, sekitar 4000 rusa telah mati di Finland akibat dilanggar oleh pengguna jalan raya yang lain ketika melintas. Selain kecederaan, kemalangan ini juga mengakibatkan kerugian sebanyak 15 juta Euro setiap tahun akibat tuntutan insuran dan juga kerugian produktiviti.

Bagi mengatasi masalah ini, persatuan perlindungan haiwan liar di Findland mencadangkan agar tanduk rusa ini dicat dengan cat yang memantulkan cahaya agar rusa ini mudah dilihat pada wajtu malam ataupun siang ketika musim sejuk antara November dan Disember setiap tahun.

Pada awalnya cat tersebut dicadangkan agar dicat di bahagian bulu rusa, namun bimbangkan faktor kesihatan dan bagi memudahkan agar rusa dilihat dari semua arah maka tanduk rusa adalah bahagian yang paling sesuai. Ideanya ialah agar rusa mudah dilihat dan membolehkan pengguna jalanraya mengambil langkah berjaga-jaga

Namun tidak cukup dengan itu, pihak berkuasa Finland mencipta satu aplikasi khas yang boleh dimuat turun dalam telefon yang akan memberikan amaran pada pengguna jalan raya lokasi dimana rusa liar berkeliaran di jalan raya.

Cadangan ini adalah usaha kerajaan Finland untuk terus memelihara hutan simpan di Lapland yang menjadi habitat sekitar 300,000 rusa liar yang terakhir di benua Eropah.

Now they have decided on a new tactic: an interactive reindeer warning app where drivers can tap their mobile phone screens to register any reindeer they see and get warnings if they are approaching an area where reindeers have been spotted. They’re hoping to save at least some of the 300,000 reindeer that wonder freely in the wilds of Lapland, sometimes described as the last wilderness in Europe.

Google ads
Back to top button