Buletin

CFMOTO CX-5E DAN CX-2E UNTUK 12 DAN 4 TAHUN, GUNA BATERI!

CFMOTO di antara pengeluar dari China yang potensi besar selain nama yang sedap disebut. Reka bentuk model keluarannya tidak kalah dengan jenama lain yang sudah lama bertapak.

Selain motosikal di atas jalan raya, CFMOTO menjejakkan tayar di litar off-road dengan model dirt bike elektrik remaja dan pertama dari syarikat.

CFMOTO CX-5E dan CX-2E dilengkapi bateri litium-ion 1152 Wj 48V 24Ah dan masing-masing boleh digunakan sehingga 60 kilometer (km) dan 78 km bergantung kepada keadaan.

Sebagai sebuah dirt bike yang lasak, bateri ini mempunyai tahap perlindungan IP66. Bateri jenis ganti membolehkan penunggang remaja dan cilik menyambung tunggangan.

CX-5E direka untuk penunggang berusia lapan sehingga 12 tahun dan dibekalkan motor elektrik 48V-BLDC dengan kuasa 1.5 kW dan 7Nm.

Pecutan dari 0 sehingga 20 kilometer sejam (km/j) mengambil masa 2.1 saat dan boleh dipecut sehingga 46 km/j.

CX-2E dengan motor sama menghasilkan 1.2 kW dan 6.4Nm. Pecutan dari 0 sehingga 20 km/j memerlukan 2.6 saat dengan kelajuan tertinggi 36 km/j.

Motosikal ini direka untuk penunggang berusia empat sehingga tujuh tahun.

Kedua-dua model mempunyai tiga mod untuk ditetapkan ibu bapa mengikut kemahiran anak-anak.

Tetapan CX-5E dibahagikan kepada tiga iaitu 24 km/j, 36 km/j dan 46 km/j. CX-2E pula kepada 16 km/j, 26 km/j dan 36 km/j.

Penggunaan bateri, tahap tenaga dan tetapan gear terpapar skrin yang mudah dibaca.

Rekaan hendal, pelana dan pemijak kaki ergonomik membolehkan penunggang berada pada kedudukan selesa dan natural.

Ukuran dan berat

CX-5E

  • Dimensi: 1,555 (p) x 665 (l) x 958 (t) mm
  • Pelana: 678 mm
  • Kelegaan bumi: 210 mm
  • Berat: 56 kg

CX-2E

  • Dimensi: 1,330 (p) x 610 (l) x 789 (t) mm
  • Pelana: 550 mm
  • Kelegaan bumi: 152 mm
  • Berat: 49 kg

CFMOTO CX-5E ditawarkan pada harga 2,199 pound (RM12,025) dan 1,599  pound (RM8,745) untuk CX-2E.

CF Moto CX-2E:

CF Moto CX-5E:

CF Moto CX-2E dan CX-5E:

Google ads
Back to top button