Motosikal

RASMI: ZXMOTO 820RR, 500RR, 500F TIBA DI MALAYSIA – DARI RM28,888

ZXMOTO Malaysia dengan rasmiya melancarkan tiga model baharu untuk pasaran tempatan menerusi 500F, 500RR dan 820RR. 

820RR 

ZXMOTO 820RR dengan rasminya mendarat di Malaysia dengan harga jualan RM39,888. 

Jentera supersport ini dikuasakan enjin tiga silinder 818.8cc DOHC yang berupaya menghasilkan 135hp pada 12,000rpm dan 80Nm pada 9,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac slipper dan fungsi bi-directional quickshifter. 

820RR ini turut dilengkapi dengan 6-Axis IMU sekaligus menawarkan fungsi Cornering ABS dan Cornering Traction Control secara standard di samping Launch Control, Cruise Control dan tiga mod menunggang; Rain, Road dan Sport serta Custom 1 dan Custom 2. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • TPMS
  • sistem keyless
  • ride-by-wire
  • cakera 320mm berkembar depan 
  • kaliper 4-piston TAISKO
  • cakera 200mm belakang 
  • kaliper 2-piston
  • fork KYB 41mm boleh laras sepenuhnya (manual)
  • berat 193kg
  • tangki 18L

500RR

ZXMOTO 500RR juga dilancarkan di Malaysia dengan harga jualan RM29,988. 

ZXMOTO 500RR pula dikuasakan enjin empat silinder 470cc DOHC yang berupaya menghasilkan 84hp pada 13,500rpm dan 46Nm pada 11,500rpm. Motosikal ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri termasuk klac slipper. 

Daya tarikan utama pastinya tertumpu kepada bahagian swingarm yang mengguna pakai jenis single-sided. 

ZXMOTO mendakwa 500RR ini mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 235km/j dan mampu merekodkan 0-100km/j sekitar 3.4 saat. 

500RR ini turut dilengkapi ciri berikut:

  • 6-Axis IMU
  • Cornering ABS
  • Cornering TC
  • 4 mod – Sport, Street, Beginner dan Custom
  • Quickshifter
  • steering damper
  • sistem Ram-Air

500F

Sementara itu, ZXMOTO 500F pula merupakan motosikal gaya retro roadster yang diilhamkan dari motosikal Jepun dan dijual pada harga RM28,888. 

Meskipun retro, 500F ini dikuasakan enjin sama seperti 500RR namun telah ditala semula dan kini menghasilkan 73.4hp pada 11,000rpm dan 48Nm pada 9,500rpm. 

500F dilengkapi dengan tangki bahan api 15.5L dan hanyalah seberat 175kg dengan tangki penuh. Pakej suspensi juga jenis fork USD 41mm dengan monoshock serta swingarm aluminium. 

ABS jenis dual-channel juga diberikan secara standard dan boleh dipadamkan. Dua mod menunggang ditawarkan (Eco dan Sport) selain slot pengecas USB, lampu LED penuh dan klac slipper. 

Google ads
Back to top button