
HLYM SERAH 200 UNIT PERTAMA YAMAHA XMAX 300 TECH MAX
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun menyerahkan 200 unit pertama Yamaha XMAX 300 Tech Max kepada pemilik baharu.
Penyerahan itu menandakan bermulanya perjalanan 200 pemilik bersama XMAX 300 Tech Max untuk pasaran tempatan. Sebelum ini, bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Sri Lee Chong Wei turut antara yang terawal menerima skuter maxi 300cc itu.

Untuk rekod, HLYM melancarkan XMAX 300 Tech Max ketika di Karnival Gen Blu Yamaha yang turut menyaksikan pelancaran beberapa model lain termasuk XSR155 dan Y16ZR-R.
Atas kertas, XMAX 300 dikuasakan enjin satu silinder 292cc SOHC yang berupaya menjana 28hp pada 7,250rpm dan 29Nm pada 5,750rpm.

Sementara itu, varian Tech Max dibezakan dengan ciri seperti comfort seat dan kemasan Tech Max premium.
Selain itu, XMAX 300 Tech Max turut dilengkapi dengan ciri berikut:
- ABS dual-channel
- traction control
- Yamaha Y-Connect
- tangki 13L
- berat 185kg
Bagi pasaran tempatan, XMAX 300 Tech Max hanya ditawarkan dengan warna Crystal Graphite sahaja.







