Buletin

VOLVO TINGKATKAN KESELAMATAN PENUNGGANG BASIKAL

Volvo Car Malaysia (VCM) bersama pusat jualan sahnya, Clear Marque Sdn. Bhd. dan Go Sportz Sdn. Bhd. melancarkan Volvo Life Paint serta Pakej Volvo V40 Adventure buat pengguna yang menjadikan sukan berbasikal sebahagian daripada gaya hidup mereka.

volvo-life-paint-mekanika (2)

Go Sportz ialah penganjur acara RHB-Shimano Highway Ride iaitu program berbasikal melibatkan 3,000 peserta dari 16 buah negara. Pada acara itu Volvo memperkenalkan teknologi inovatif bagi meningkatkan keselamatan penunggang basikal di jalan raya.

Volvo Life Paint merupakan teknik semburan cat berasaskan air. Dengan kerjasama Albedo100, cat tersebut tidak dapat dilihat pada siang hari. Ia  akan memantulkan cahaya terang apabila disuluh lampu kereta. Ini meningkatkan keberadaan penunggang basikal pada waktu malam.

volvo-life-paint-mekanika (1)

Cat berkenaan boleh disembur di atas apa juga permukaan. Sama ada  tekstil, pakaian, kasut, topi keledar dan beg sandang. Untuk menghilangkannya juga mudah, hanya perlu menggunakan sabun dan air. Semburan cat itu mampu bertahan selama seminggu. Bergantung pada permukaan dan kuantiti semburan.

Pengarah Urusan VCM, Lennart Stegland menegaskan keselamatan jalan raya bukan hanya terbatas dalam menghasilkan kenderaan lebih selamat. Tetapi perlu juga difokuskan dalam meningkatkan keselamatan semua pengguna jalan raya yang lain, sejajar dengan falsafah keselamatan keseluruhan Volvo.

volvo-life-paint-mekanika (3)

Mereka yang berminat boleh memesan produk Volvo Life Paint menerusi Clear Marque. Volvo Life Paint dijual pada harga RM110 (termasuk GST) dan ditawarkan mulai pertengahan Mei ini.

Seiring dengan pelancaran itu, VCM turut memperkenalkan Pakej Volvo V40 Adventure. Pakej berkenaan merangkumi pemegang bingkai basikal, alat pengangkut beban, pelindung bampar dan tikar ruang muatan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button