Artikel Pilihan

DACIA PERKENALKAN KHEMAH PINTU BELAKANG – JANGAN ADA YANG HIDUPKAN ENJIN MASA TIDUR PULA

Nama Dacia mungkin kurang dikenali di sebelah Asia. Kami kenal pun sebab ia sentiasa menjadi bahan lawak di kalangan pengacara Top Gear satu ketika dahulu. Tapi itu dulu, kini model-model keluaran Dacia pun dah makin mengancam dan kini mereka melancarkan rangkaian aksesori terbaru untuk model keluaran mereka. Ini aksesori standard dan bukan keluaran kedai aksesori dari  Taiwan okey.

Aksesori kembara ini dihasilkan khusus untuk model Duster (bukan pemadan papan hitam), Sandero, Sandero Stepway dan Jogger. Paling menarik dan berguna ialah Sleep Pack yang merupakan kotak 3 dalam 1 yang boleh berfungsi sebagai tilam bila dibuka sepenuhnya. Turut disertakan dengan Sleep Pack ialah pelindung tingkap khas untuk kesemua lapan bahagian cermin untuk lebih privasi sewaktu melelapkan mata.

Pemilik Dacia Jogger terbaru yang sukakan aktiviti luar rumah boleh memilih aksesori terbaru yang dinamakan InNature Sleep Pack Ultimate. Sebagai tambahan kepada Sleep pack ia turut dilengkapkan dengan khemah yang dipasang pada pintu belakang dan bila dibuka sepenuhnya mempunyai ruang yang cukup untuk tiga orang.

Nampak menarik dan mungkin juga yang pertama seumpamanya di dunia. Cuma satu je la, jangan la ada yang gatal tangan nak hidupkan enjin untuk mengaktifkan penyaman udara. Boleh lemas dalam khemah tu woo.

Terdapat juga aksesori pakej off-road yang antara lain merangkumi pemijak sisi premium, pelekat hiasan custom, rak khas untuk basikal, roof bar dan macam-macam lagi lah. Janji ada bajet je. Macam kami yang kurang bajet ni biasa beli yang terpakai je. Kalau tak pun pinjam member, janji lepas pakai pulang balik.

Google ads
Back to top button