Buletin

DACIA SPRING SERBA BAHARU - EV MURAH BERBALOI UNTUK WANG

Pengeluar kenderaan dari Romania Dacia meneruskan misinya untuk menjadi jenama kereta nilai yang terbaik untuk wang serta sentiasa mentakrifkan semula keperluan. Seiring dengan itu, Dacia mahu menggalakkan orang ramia untuk beralih kepada kenderaan elektrik sepenuhnya. Sifirnya mudah, reka bentuk yang menarik, harga yang mampu milik dan juga praktikaliti yang ditawarkan.

Untuk itu, Dacia mempertaruhkan model elektrik sepenuhnya serba baharu, Dacia Spring dengan menampilkan identiti Dacia yang terkini sama seperti yang digunakan pada model Duster sebelum ini. Gaya bahasa rekaan yang baharu ini menampilkan gaya yang teguh dan tegas yang menjadikan Spring lebih menarik berbanding sebelum ini.

Identiti Dacia baharu terserlah dalam dua jalur hitam, satu di hadapan, satu lagi di belakang, yang bertemu dalam kemasan berkilat, dengan jalur matte khusus di bahagian belakang. Kedua-dua jalur itu dibingkai oleh tanda pengenalan cahaya berbentuk Y ikonik jenama itu, yang sangat menarik dengan lampu nyalaan siang LED penuh di hadapan dan juga lampu parkir di bahagian belakang.

Pada bahagian bumbung, Dacia telah bertindak menanggalkan rel di atasnya atas faktor tiada keperluan fungsi sebenar iany akan digunakan kelak. Lebih kepada kosmetik agaknya. Dan bahagian luarannya disudahi dengan pilihan layangan enam warna termasuklah  Brick Red dan Beige Safari.

Bahagian papan pemuka di kabin telah direka baharu yang menggabungkan elemen daripada bahasa reka bentuk dalaman baharu Dacia, dengan seni bina mendatar lambangnya. Ia juga menyepadukan rangkaian baharu skrin digital yang bersaiz 7 inci atau pun pilihan 10 inci untuk varian yang lebih tinggi.

Ianya menggunakan pek bateri 26.8 kWj yang dirasakan memadai untuk pemanduan bandar seharian. Dengan pengecasan penuh, ianya mampu bergerak sekitar 220 km. Ulang alik kerja dua tiga hari baru cas semula. Oklah kan.

Dacia Spring serba baharu dilengkapi sebagai standard dengan pengecas AC 7 kW yang boleh mengecas bateri daripada 20% hingga 100% pada saluran pengecasan domestik dalam masa kurang daripada 11 jam, atau hanya dalam 4 jam pada kotak dinding 7 kW. Pengecas DC 30 kW membolehkan pengecasan pantas daripada 20% hingga 80% dalam masa 45 minit.

Harga untuk Dacia Spring ini barangkali cukup mampu milik, sekitar £17,000 (RM103,031) untuk pasaran UK. Berbaloi baloi orang kata kalau beli.

BACA : DACIA DUSTER SERBA BAHARU – PENERUS LEGASI SUV DARI ROMANIA

BACA : DACIA JOGGER EXTREME – DARIPADA MPV KELUARGA BERUBAH KEPADA KERETA KELUARGA YANG SERBA BOLEH

Google ads

B K

Back to top button