Buletin

SKANDAL YANG MENGGEGAR INDUSTRI AUTOMOTIF

Industri automotif merupakan perniagaan besar dengan garis keuntungan yang semakin ketat apabila Ralph Nader memasuki keselamatan automotif pada tahun 1970-an.

Sejak itu, keselamatan orang ramai berbanding keuntungan memperlihatkan skandal industri automotif apatah lagi dengan ujian pelepasan dan piawaian yang ketat untuk dipenuni pemain industri.

Dalam era teknologi yang semakin rumit, ia bermakna memperlihatkan tingkah laku tidak bertanggungjawab secara epic, penyamaran dan jumlah wang yang besar perlu dikeluarkan para pembikin kenderaan apabila kebenaran terbongkar.

Satu kesilapan serius dalam pertimbangan, disengajakan atau sebaliknya akan mengakibatkan skandal tersebar melalui media tempatan serta dunia sehingga menjadi masalah besar.

Berikut merupakan antara skandal-skandal yang pernah menggegar industri automotif: –

General Motors “Serang” Ralph Nader

Kisah perjuangan Ralph Nader terhadap industri kenderaan didokumentasikan dengan baik malah menempa nama lelaki tersebut.

Bagaimanapun, serangan terhadap Chevrolet Corvair melalui bab satu di dalam bukunya Unsafe At Any Speed yang menggegar industri automotif.

General Motors (GM) tidak menerima dakwaan yang dibuat terhadap Corvair malah menunjukkan ujian kereta berkenaan adalah tidak berbahaya berbanding  kenderaan sezamannya.

Bahkan, bertindak ‘menyerang’ dan mengorek perbuatan ‘kotor’ Nader dengan mengupah penyiasat persendirian.

Nader telah menyaman atas pencerobohan privasi dan dibayar AS$425,000 (RM 1.8 juta) pada tahun 1970.

John DeLorean Didakwa Edar Kokain

John Delorean merupakan legenda industri dan merupakan ‘bintang’ penuh karisma dalam perniagaan automotif.

Beliau adalah bapa kepada Pontiac GTO dan menjadi Naib Presiden General Motors (GM).

Begitupun, beliau meninggalkan GM pada tahun 1973 dan sekali lagi 1975 untuk mengejar impian membangun jentera sport sendiri dengan menubuhkan syarikat DeLorean DMC-12.

Ia merupakan lubuk wang sebelum dilanda masalah sehingga muflis.

Kaedah yang didakwa diguna pakai untuk bangkit dan beroperasi semula berakhir dengan serbuan FBI dengan rampasan kokain seberat 99.7 kg bernilai AS$24 juta (RM100 juta).

Peguam DeLorean mempertikaikan dakwaan tersebut dan berhujah anak guamannya merupakan mangsa diperangkap dan berjaya dibebaskan.

Kisah legenda berkenaan tidak berakhir di situ sahaja, beliau sekali lagi didakwa kerana penipuan dan perlu membayar jutaan ringgit kepada pemiutang dan para peguam.

Daimler Kantoi Bagi Rasuah

Sisatan dilaksanakan Suhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2010 mendapati Daimler telah memberi rasuah para pegawai di seluruh dunia layanan utama.

Pengadu menuduh Daimler membayar lebih AS$56 juta (RM 235 juta) dalam tempoh 10 tahun “untuk melanjutkan jualan kerajaan di negara seperti Rusia, China, Vietnam, Nigeria, Hungary, Latvia, Croatia dan Bosnia”.

Selain itu, syarikat terbabit juga didapati memberi sogokan kepada Kementeria Iraq menggunakan Program Minyak Untuk Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Panggilan Semula Beg Udara Keselamatan Takata

Panggilan semula beg udara keselamatan Takata merupakan bapak segala skandal.

Menurut Pentadbiran Keselamatan Lau Lintas Lebuhraya Kebangsaaan (NHTSA), penarikan itu meliputi kira-kira 37 juta kenderaan merentasi 50 juta beg udara Takata yang rosak.

Ia bukan sahaja melakar sejarah penarikan balik automotif terbesar di AS tetapi produk keseluruhan terbesar.

Bahkan, angka NHTSA mencatatkan lebih 250 orang cedera parah akibat beg udara Takata dan lebih 15 terbunuh.

Volkswagen dan Emisi

Penipuan dan penyamaran emisi Volkswagen merupakan salah satu skandal terbesar industri automotif.

Skandal itu turut memberi impak kepada pengamal media automotif yang terpaksa membuat liputan selama 11 tahun.

Bahkan, rentetan skandal masih berterusan melalui kedua-dua penyiasatan dan kesan ke atas pasaran kenderaan berkuasa diesel.

Masalah berkenaan tercetus di AS apabila penyelidik mendapati terdapat percanggahan antara ujian makmal standard dan pelepasan enjin diesel Volkswagen di jalan raya.

Apabila penemuan dilaporkan kepada Lembaga Sumber Udara California, satu penyiasatan dilakukan dan agensi tersebut menemui peranti penipuan yang diprogram untuk mengurangkan pelepasan kenderaan Volkswagen ketika ujian serta penilaian.

Penemuan terbabit telah memaksa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Volkswagen, Martin Winterkorn meletak jawatan malah menyebabkan syarikat menanggung kerugian berpuluh billion.

Pecutan Tidak Disengajakan Toyota

Reputasi Toyota membangunkan kenderaan selamat dan boleh dipercayai mendapat tamparan hebat apabila selepas menyalahkan tikar lantai sehingga memanggil semula 5.5 juta kenderaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Syarikat itu mendapati pedal pula melekat.

Ia menjejaskan jutaan kenderaan dan mengakibatkan pembikin kenderaan Jepun terbabit perlu membayar saman mencecah AS$1.2 bilion (RM5 bilion) kepada Jabatan Kehakiman AS.

Toyota juga mengakui telah mengelirukan para pelanggan AS dengan kenyataan mengelirukan dan menyembunyikan dua isu keselamatan.

Kedua-duanya menyebabkan pecutan tidak diingini ketika memandu kenderaan jenama berkenaan.

Ford vs Firestone

Pada tahun 2000, penyiasatan bermula terhadap laporan berhubung pemisahan bunga yang berlaku di tayar Firestoen dipasang Ford Explorer.

Ia mencetus ‘perang epik’ antara Ford dan Firestone malah melibatkan 271 kematian dan 800 kecederaan.

Kedua-dua syarikat berkenaan dibanjiri tindakan undang-undang dan terdapat sidang dengar kongres.

Skandal itu menyaksikan kedua-dua CEO syarikat terlibat melepaskan jawatan masing-masing serta berakhirnya kerjasama Ford dan Firestone.

Tucker 48 dan Penipuan

Preston Tucker mereka kereta padu dari segi inovasi dan keselamatan.

Lelaki itu mula memandu Tucker 48 miliknya pada tahun 1948 di seluruh negara malah mempamerkan gaya dan ciri-ciri kenderaan sebelum mengambil bayaran untuk ciptaannya.

Bahkan, dia menjual saham syarikat dan francais pengedar.

Preston menubuhkan syarikat dengan wang yang sedikit dan kereta tersebut masih belum dalam produksi sepenuhnya.

Dia hanya menggunakan duit daripada jualan semata-mata untuk memastikan kilang dapat diselamatkan di Chicago.

Masalah besar timbul apabila permintaan bermakna senarai menunggu dan keutamaan diberikan kepada tentera yang pulang dari Perang Dunia ke-2.

Para pelanggan yang bukan veteran tentera terpaksa ditolak ke bawah dalam senarai menunggu tetapi terdapat pilihan jika membeli aksesori melalui Program Aksesori Tucker mereka dapat menjamin tempat dalam senarai pengedar.

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS serta Peguam AS menjalankan siasatan berhubung amalan tersebut dan mengeluarkan pendakwaan.

Begitupun, tuduhan tersebut telah digugurkan tetapi publisiti negatif diraih berhubung skandal terbabit memberi tamparan hebat yang membawa kejatuhan kepada syarikat berkenaan.

Kebakaran Ford Pinto

Ketika Ford melancarkan Pinto pada tahun 1970, kereta kompak masih dalam peringkat awal di pasaran.

Begitupun, tidak lama selepas melancarkan Pinto, Ford menerima laporan Pinto terbakar pada bahagian belakang.

Tangki minyak yang terletak pada axel bahagian belakang dan bampar dengan sedikit ruang bermakna ia kemungkinan boleh menyebabkan kebocoran tangka apabila terdapat hentakan kuat.

Selepas enam tahun berada di pasaran, majalah Mother Jones telah membawa masalah tersebut sehingga menjadi perhatian nasional dan mendesak siasatan dilakukan pihak berkuasa.

NTHSA mendapati sistem bahan api mempunyai potensi menyebabkan bahaya kepada pengguna dan mengarahkan kenderaan tersebut dipanggil semula.

Keadaan semakin buruk apabila tiga wanita meninggal dunia apabila Pinto terbakar dan negeri Indiana mendakwa pembuat kereta.

Kejadian tersebut  menjadi kes pertama apabila syarikat AS didakwa atas pertuduhan membunuh tetapi didapati tidak bersalah.

Ia merupakan antara sejarah hitam Ford.

Transmisi Automatik Ford

Majalah Mother Jones tidak terhenti dengan Pinto sahaja tetapi mengetengahkan isu rekaan transmisi automatik Ford dari tahun 1966 sehingga 1980.

Kecacatan pada rekaan boleh dibaiki dengan perbelanjaan sebanyak 0.03 sen sahaja seunit tetapi ditolak pengeluar kenderaan itu.

Masalah terbabit adalah transmisi boleh tergelincir daripada posisi parkir kepada mengundur.

Ford tidak mengendahkan perkara itu dan terpaksa berdepan kemungkinan muflis apabila terpaksa memanggil semula 23 juta kenderaan.

Menurut NTHSA, terdapat 777 kemalangan, 259 kecederaan dan 77 kematian berikutan masalah tersebut.

Suis Pencucuhan General Motors

Kegagalan suis pencucuhan tidaklah menjadi masalah besar.

Bagaimanapun,  apabila kunci pada pencucuhan tersentuh ketika memandu sehingga kenderaan mematikan kuasa stereng, brek dan sensor beg udara keselamatan, ia merupakan masalah yang sangat besar.

Bahkan, sebanyak 124 nyawa melayang berikutan masalah itu dan menyebabkan kos kewangan GM mencecah AS$900 juta untuk penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman dan AS$35 juta (NHTSA) .

Selain itu, GM juga mengeluarkan sebanyak AS$594.5 juta untuk dibayar pampasan melalui dana pampasan mangsa pembikin kenderaan berkenaan.

Pecutan Tidak Disengajakan Audi

Apabila program 60 Minutes menyiarkan segmen berhubung dakwaan Audi 5000 berdepan pecutan tidak disengajakan, ia memberi bayangan ‘kematian’ model berkenaan di AS.

Bahkan, insiden itu hampir menyaksikan jenama Audi bungkus sepenunhnya di pasaran AS.

Begitupun, rupa-rupanya 60 Minutes telah mengubah kenderaan yang ditunjukkan dan apabila NHTSA menjalankan siasatan serta membuat laporan, mereka menyebut kesilapan manusia sebagai punca pecutan secara tiba-tiba.

Jualan Audi sudah menjunam dan mengambil masa selama beberapa tahun untuk pulih semula di pasaran AS.

Ia berlaku berikutan manusia tersalah tekan pedal.-carbuzz

Google ads
Back to top button