Artikel Pilihan

KERETAPI ELEKTRIK INI TIDAK PERLU DICAJ , GUNA GRAVITI SAJA

Daya graviti adalah daya yang lama wujud dan menarik semua objek ke arah permukaan bumi. Sekiranya satu objek dilepaskan dari langit, daya graviti akan menyebabkan objek tersebut memecut ke arah bumi pada 9.82 meter per saat.

Menyedari potensi yang ada pada daya graviti, sebuah syarikat perlombongan di Australia menggunakan daya graviti bagi mengecaj keretapi elektrik yang digunakan oleh mereka untuk membawa hasil perlombongan. Ia dilakukan melalui kaedah brek regeneratif ketika menuruni bukit

Rahsianya ialah ketika menuruni bukit, keretapi ini membawa beban yang sangat berat dan potensi tenaga kinetik yang dihasilkan boleh dikira. Berat keretapi, ketinggian bukit dan juga daya graviti akan menjana tenaga elektrik ketika keretapi ini membrek, cukup bagi membolehkannya mendaki balik semula

Ketika mendaki semula, keretapi ini tidak membawa beban. Jadi ketika sampai semula ke lombong, tenaga elektrik yang tersimpan dalam bateri adalah berlebihan. Keadaan ini menyebabkan keretapi ini tidak perlu dicaj langsung dan mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida

Ketika sampai semula ke destinasi asal, tenaga bateri masih lagi berbaki 10%. Syarikat perlombongan Fortescue mengoperasikan sekitar 54 lokomotif bagi operasi perlombongan mereka. Pada tahun 2021 syarikat ini menggunakan 81 juta liter diesel bagi operasi mereka dan mereka menjangkakan menjelang tahun 2030 kos penggunaan diesel akan dihapuskan sepenuhnya

Google ads
Back to top button