Motosikal

DOKUMEN VTA DI CHINA DEDAH RUPA BAHARU KTM 790 DUKE 

KTM bakal melancarkan 790 Duke terbaru berdasarkan dokumen kelulusan jenis (VTA) yang difailkan di China.

Umum sedia maklum bahawa rakan KTM, CFMoto bertanggungjawab menghasilkan sepenuhnya model 790 termasuk 790 Duke dan 790 Adventure maka tak hairanlah VTA model baharu itu difailkan di sana. 

Berdasarkan imej yang disertakan, jelas menampakkan perubahan drastik tertumpu pada bahagian lampu hadapan yang mengikut acuan sama seperti 990 Duke, 1390 Super Duke dan 1390 Super Adventure. 

Reka bentuk lampu tersebut menerapkan elemen lampu tunggal di bahagian tengah dan dikelilingi lampu DLR dibahagian kiri dan kanan. 

Selain lampu, bahagian tangki juga berbeza dengan panel kiri dan kanan yang lebih besar dan bersegi berbanding sebelum ini. 

Dalam pada itu, 790 Duke generasi terbaru ini juga memperlihatkan penggunaan brek terbaru keluaran WP. 

Buat masa ini tiada maklumat terperinci mengenai perincian lain namun hampir pasti 790 Duke generasi baharu ini akan kekal dikuasakan enjin parallel-twin 790cc seperti generasi sebelumnya. 

KTM dijangka akan memperkenalkan 790 Duke baharu itu tahun ini. 

Google ads
Back to top button