
ZONTES 175X LANCAR DI MALAYSIA TIDAK LAMA LAGI – KERANGKA ALUMINIUM, 19HP
Zontes Malaysia bakal memperkembangkan tawaran pasaran tempatan dengan pelancaran Zontes 175X tidak lama lagi.
Menerusi tinjauan di media sosial, beberapa pengedar sudah mula mempromosikan skuter 175cc itu termasuk ada yang sudah menerima tempahan awal.

Untuk rekod, Zontes menawarkan dua versi bagi pasaran global, 150cc dan 175cc namun kami difahamkan hanya model 175cc yang akan dipasarkan disini.
Meskipun maklumat mengenai model 175cc ini tidak didedahkan namun berdasarkan tinjauan model ini berkongsi ciri yang sama dengan model 150cc.

Antara ciri ditawarkan termasuk ABS dan TCS (traction control) yang didatangkan secara standard, tangki bahan api berkapasiti 11L serta ruang letak barang bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua helmet.
Dalam pada itu, enjin tersebut difahamkan mampu menjana sehingga 19hp sekaligus lebih berkuasa berbanding pesaing lain antaranya QJMotor AX200S (17hp).

Bagaimanapun, ciri utama yang mencuri tumpuan ada 175X ini adalah penggunaan kerangka jenis aluminium sekaligus menyumbang kepada berat keseluruhan yang ringan.
Maklumat lebih terperinci akan didedahkan sebaik skuter ini dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.







