Motosikal

JAKET LS2 X-TERRAIN LANCAR DI MALAYSIA – RM599

Pengeluar helmet motosikal LS2 telah melancarkan kelengkapan menunggang untuk pasaran tempatan baru-baru ini. 

Terbaru untuk pasaran Malaysia adalah jaket menunggang LS2 X-Terrain yang menawarkan perlindungan optimum dan pengudaraan maksimum sekaligus selesa dengan cuaca di Malaysia. 

Antara daya tarikan utama LS2 X-Terrain ini adalah boleh digunakan sebagai jaket menunggang utama atau sebagai lapisan dalam lantas sesuai untuk pemakaian harian mahupun tunggangan jarak jauh. 

Ciri utama ditawarkan jaket LS2 X-Terrain ini adalah penggunaan bahan jenis ACF Memory Foam yang terletak di bahagian dada, rusuk dan belakang badan. Selain menyerap hentakan, ciri ini juga menghasilkan estetik yang menarik. 

Bagi pasaran tempatan, LS2 X-Terrain ini datang dengan Black Grey, Black Hi-Vis Orange dan Black Grey dan boleh didapati dengan harga jualan RM599.

Google ads
Back to top button