Motosikal

VOGE SR180 ADV BAKAL TIBA DI MALAYSIA TAHUN INI – 17.4HP, 16NM

Pasaran skuter di Malaysia akan dimeriahkan lagi dengan tawaran terbaru kali ini menerusi Voge SR180 ADV. 

Meskipun berlegar perkongsian di media sosial yang menyebut tentang SR150 namun kami dimaklumkan bahawa model yang akan diperkenalkan adalah SR180 ADV. 

Atas kertas, skuter gaya adventure ini dilengkapi dengan enjin satu silinder 174.1cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 17.4hp pada 8,500rpm dan 16Nm pada 6,500rpm. 

Antara perincian ditawarkan termasuk:

  • ABS
  • TCS (traction control)
  • fungsi Auto Start/Stop
  • keyless
  • dashcam
  • port pengecas USB
  • meter digital LCD
  • lampu LED
  • rim 13-inci depan dan belakang

Ketinggian tempat duduk adalah sekitar 810mm sementara jarak kelegaan tanah adalah 160mm manakala berat jentera diletakkan pada 140kg dengan tangki bahan api berkapasiti 9L. 

Ruang letak barang boleh memuatkan sebuah helmet bersaiz penuh sementara penghadang angin boleh diselaraskan secara elektronik. 

GALERI: VOGE SR180 ADV

Google ads
Back to top button