
X-WEDGE LANCAR 5 MODEL SERENTAK – DARI RM68,888
Sekitar tahun 2025 kami telah pun ke China bagi menyaksikan julung kalinya bberapa model baharu dibawah jenama X-Wedge.

X-Wedge merupakan motosikal gaya cruiser Amerika yang bernadikan enjin yang dibangunkan S&S Cycles di Amerika Syarikat sementara rekaan keseluruhan pula adalah oleh KISKA Design.

Peminat motosikal cruiser kini boleh merasai kemampuan dan tawaran model X-Wedge setelah kelima-lima model kini boleh didapati di Malaysia.
Berikut senarai harga mengikut model di Malaysia:
- X-Wedge Ranger RX2000 – RM68,888
- X-Wedge Walker WR1000 – RM78,888
- X-Wedge Rover RL2000S – RM95,888
- X-Wedge Rover RL2000 – RM98,888
- X-Wedge Vanguard VT2000 – RM148,888

Kecuali model Walker WR1000 yang dipacu enjin V2 976cc yang menawarkan 80.4hp pada 7,500rpm dan 80Nm pada 5,500rpm, keempat-empat model lain pula dilengkapi enjin V2 1,976cc yang menawarkan 102hp dan 158Nm.

Antara ciri keselamatan yang turut didatangkan secara standard adalah ABS, TCS, TPMS dan CCS.









