
Motosikal
TERKINI: APRILIA SR GT 400 MASUK MALAYSIA TAHUN INI
Aprilia antara pengeluar yang mencuri tumpuan di EICMA tahun lalu apabila memperkenalkan Aprilia SR GT 400.
Pelancaran model serba baharu itu sekaligus melaungkan misi berani Aprilia dalam menyaingi model popular seperti Zontes 368G dan Honda ADV 350.

Terbaru, kami difahamkan Aprilia Malaysia akan melancarkan SR GT 400 untuk pasaran Malaysia tahun ini. Menariknya, kami turut dimaklumkan SR GT 400 ini juga akan ditawarkan dengan harga yang menarik sementara SRGT 200 baharu juga akan mengalami penurunan harga yang lebih mampu milik.

Menggerakkan SR GT 400 ini adalah unit satu silinder 399cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 36hp pada 7,500rpm dan 37.7Nm pada 5,700rpm.
GALERI: APRILIA SRGT 400 2026














