Buletin

PROMOSI NISSAN SEMPENA HARI RAYA

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) akan memulakan kempen promosi serta perjalanan selamat Raya 2016 – ‘Jom Balik Kampung Dengan Selamat’ dan ‘Riang Raya with Nissan’.

Nissan-Glenmarie-4S- Centre-mekanika (1)

Kempen perjalanan selamat ini menawarkan pelanggan dengan satu siri pemeriksaan, pembaikan dan servis awal. Pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan mengecat badan kenderaan sebelum balik ke kampung. Bagi pelanggan Nissan yang juga ahli NISCARE, mereka layak untuk menerima tawaran seperti berikut:

  1. Pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan balik kampung secara percuma di semua Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) mulai 20 Jun hingga 5 Julai 2016
  2. Diskaun 10% ke atas pembaikan umum mulai 11 hingga 23 Julai 2016 dengan mengemukakan sheet pemeriksaan secara visual percuma.
  3. Diskaun 15% ke atas cat untuk satu bahagian kenderaan, termasuk kos buruh dan pembaikan mulai sekarang hingga 5 Julai 2016, tidak sah untuk tuntutan insurans.
  4. Diskaun 25% ke atas kenderaan yang dicat sepenuhnya, termasuk kos buruh dan pembaikan mulai sekarang hingga 5 Julai 2016, tidak sah untuk tuntutan insurans.

Mereka yang bukan ahli NISCARE pula akan menerima tawaran seperti:

  1. Diskaun 10% ke atas cat untuk satu bahagian kenderaan, termasuk kos buruh dan pembaikan mulai sekarang hingga 5 Julai 2016, tidak sah untuk tuntutan insurans.
  2. Diskaun 20% ke atas kenderaan yang dicat sepenuhnya, termasuk kos buruh dan pembaikan mulai sekarang hingga 5 Julai 2016, tidak sah untuk tuntutan insurans.

ETCM-Raya-promotion-mekanika (1)

ETCM turut menawarkan pelanggan lebih penjimatan buat pelanggan yang membeli kenderaan Nissan sepanjang musim perayaan ini. Sepanjang tempoh promosi ini, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM10,000 ditawarkan. Tawaran aksesori dengan hanya RM1 juga diteruskan untuk model-model Nissan yang terpilih.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang mendaftar dan membeli sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh promosi dari 1 Jun hingga 31 Julai 2016 berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada 1,600,000 Mata Ganjaran BIG.

HONDA UNGGULI CARIAN GOOGLE PADA JANUARI

Pemenang Hadiah Utama pada setiap bulan akan membawa pulang 300,000 BIG Points yang bersamaan lima kali perjalanan pergi balik ke Tokyo, Sydney, Beijing, Seoul atau banyak lokasi tempatan. 10 Hadiah Saguhati turut disediakan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM Nissan di talian 1800-88-3838

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button