Artikel PilihanBuletin

DUA BONGGOL JALAN BERTURUTAN? NAYA PAK KARIM (VIDEO)

Bagi seorang pemandu bonggol jalan ni memang sangat-sangat menyakitkan hati terutama lagi bonggol jalan yang dibina dengan tidak mengikut spesifikasi. Buat sendiri lepas tu material yang digunakan pun main ambik je belakang rumah lebihan buat kolam ikan. Sekali langgar bergegar otak tiga keturunan.

Tapi nak buat macam mana sebab ia turut berfungsi sebagai panduan dan amaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih peka dan berhati hati. Ia juga bersifat sebagai langkah keselamatan untuk melindungi pengguna jalan raya, orang awam dan penduduk sesuatu lokasi.

Kalau di kawasan perumahan tu memang biasa la bonggol dibuat rapat-rapat. Kalau boleh satu rumah nak satu bonggol. Cuma kalau dah menyusahkan sangat tu buat je laporan dekat majlis perbandaran kawasan korang. Tahulah diorang macam mana nak setelkan bonggol haram tu.

Itu cerita di Malaysia, lain pula halnya dengan situasi di AS. Bayangkan boleh pulak dua bonggol jalan diletakkan berdekatan. Tak ada pulak warga sana yang komplen. Kalau kat sini rasanya dah berapi komen yang diterima baik dalam talian mahupun di luar talian.

Seorang brader yang tinggal bertentangan dengan bonggol ni siap boleh buat video kompilasi kereta-kereta yang ‘terangkat’ angkara bonggol-bonggol tersebut.

Bonggol dalam video itu kelihatan dibina mengikut spesifikasi cuma kedudukannya yang agak berdekatan memang mengelirukan pemandu. Ingat lepas satu bonggol dah setel rupanya ada lagi bonggol kedua.

Malah anggota polis peronda yang memandu Ford Explorer tidak terkecuali menjadi mangsa. Hai bang, hari-hari meronda pun tak ingat lagi kat situ ada bonggol berganda.

Lebih menarik lagi menurut tuan punya video, beliau sudah menetap berhampiran dengan bonggol-bonggol tersebut hampir sebelas tahun dan setakat ini belum pernah satu pun kemalangan terjadi di situ akibat melanggar bonggol. Setakat rosak bumper depan belakang dan tersagat bahagian bawah badan tu biasalah.

Rasa-rasa sebab pemandu kat sana terer ke macam mana ni?

Kredit carscoops.com

Google ads
Back to top button