Motosikal

DUCATI PANIGALE V4 R 2026 DIUMUMKAN – 235HP, TOP SPEED 330KM/J

Ducati dengan rasminya mengumumkan kemunculan Ducati Panigale V4 R generasi terbaru yang dijangka bakal mengembalikan kejuaraan dunia WorldSBK bagi musim 2026. 

Ducati mendakwa bahawa Panigale V4 R terbaru ini merupakan model yang paling dekat dengan jentera yang beraksi di WSBK dan MotoGP. 

Perubahan terbesar tertumpu pada empat bahagian utama yang terdiri dari aerodinamik, casis, komponen dalaman enjin dan pakej elektronik. 

Aerodinamik

Ducati Panigale V4 R ini muncul motosikal produksi pertama yang dilengkapi dengan Corner Sidepods yang dipinjamkan dari jentera Desmosedici GP21. Selain itu, motosikal ini juga dilengkapi dengan winglet yang lebih besar dan menyumbang kepada tahap downforce sebanyak 25 peratus berbanding generasi terdahulu. 

Menurut Ducati, winglet tersebut menghasilkan downforce sebanyak 6kg pada tayar depan pada kelajuan 299km/j. Selain itu, Ducati (bersama Ducati Corse) turut membangunkan air intake baharu yang didakwa menambah 1.2hp lagi ketika kelajuan maksima. 

Casis dan suspensi

Seperti yang dijangka, Panigale V4 R terbaru ini mengguna pakai casis yang sama dengan Panigale V4 baharu termasuk kerangka utama dan swingarm

Namun begitu, bahagian suspensi dinaik taraf dengan fork Öhlins NPX25/30 dan penyerap hentak Öhlins TTX36. Öhlins turut membekalkan steering damper SD20. 

Ergonomik juga dipertingkat dengan kedudukan footpeg kini 10mm lebih kedalam sekaligus menawarkan sokongan yang lebih baik ketika sedang membrek atau sedang berpaut sewaktu di selekoh. 

Pakej brek pula terdiri dari brek Brembo Hypure yang dipadankan bersama cakera 330mm depan dan 245mm belakang. 

Enjin

Atas kertas, Panigale V4 R ini dikuasakan enjin 998cc Desmosedici Stradale R yang kekal  menawarkan 215hp namun pelbagai pembaharuan dilaksanakan pada komponen dalaman enjin dalam usaha menjadi jentera terpantas di WSBK.  

Antara naik taraf dibuat termasuk piston yang lebih ringan, crankshaft baharu, intake baharu, kedudukan injector baharu, cam ekzos direka semula dan conrod baharu. Menurut Ducati, perubahan ini menyumbang kepada tork yang lebih baik. 

Menariknya, jika dipadankan dengan ekzos perlumbaan Akrapovic, Panigale V4 R ini mampu menjana 235hp dan top speed sekitar 330.5km/j. Kuasa juga meningkat pada 239hp sekiranya mengguna pakai Ducati Corse Performance Oil. 

Transmisi dan elektronik

Penambahbaikan terbesar adalah pada ruangan kotak gear yang menyaksikan Panigale V4 R muncul motosikal produksi pertama yang dilengkapi dengan Ducati Racing Gearbox (DRG) yang meletakkan gear neutral dibawah gear satu berbanding di antara gear pertama dan kedua sebelum ini. 

Bagi mengelakkan berlakunya gear memasuki neutral secara tidak sengaja, Ducati turut perkenalkan Ducati Neutral Lock (DNL) yang memastikan senario itu tidak berlaku. 

Selain itu, Panigale V4 R ini juga dilengkapi dengan DVO (Ducati Vehicle Observer) yang mengawal selia Cornering ABS dan engine braking. Segala maklumat boleh diakses menerusi paparan TFT 6.9-inci. 

Google ads
Back to top button