Motosikal

PRODUKSI DESMO450 MX DIMULAKAN – DUCATI

Ducati mengumumkan bahawa produksi jentera motocross pertama dari kilang Borgo Panigale, Desmo450 MX telah pun dimulakan. 

Atas kertas, Desmo450 MX dikuasakan enjins atu silinder 449.6cc yang berupaya menjana 63.5hp pada 9,400rpm dan 54.5Nm pada 9,400rpm. 

Selain itu, Desmo450 MX ini juga mengguna pakai kerangka aluminium ringan yang menawarkan ketahanan dan kelasakan yang lebih baik. 

Untuk rekod, Desmo450 MX merupakan satu-satunya motosikal dalam kelasnya yang mengguna pakai valve Desmodromic dan menawarkan traction control yang berkemampuan menentukan secara tepat tahap gelinciran roda belakang (rear wheel slippage). 

Menurut Ducati, Desmo450 MX akan mula memasuki pengedar rasmi di pasaran global bermula Julai 2025. 

Google ads
Back to top button