BuletinMotosikal

DUCATI SINDIR KEMENANGAN HONDA

Meskipun gagal merebut kemenangan dari Honda dan Marquez, bos Ducati tetap mempertahankan kejayaan pelumbanya dalam MotoGP musim 2019.

Claudio Domenicali menerusi temjuramah dengan GPOne berkata bahawa pencapaian penting bagi Ducati ialah konsisten bagi setiap pelumbanya.

Pencapaian terbaik yang tidak dikecapi oleh pengeluar lian lain pada musim MotoGP 2019 ialah berjaya menghasilkan dua pelumbanya di podium tertinggi.

Seperti kita ketahui memang faktanya Ducati memenangi podium 3 kali tahun lalu dengan 2 kali Andrea Doviziozo (Qatar dan Austria) dan 1 kemenangan Danilo Petrucci di litar Mugello.

“ Untuk berkata bahawa kami gagal sama sekali adalah tidak benar. Memang selalu ada persaingan namun saya mahu semua orang melihat dari sudut ‘nilai’ dari setiap perlumbaan yang kami sertai.

“Memang penting untuk menang, itu sudah tentu, tapi pada pendapat saya pengeluar yang selalu menang dengan pelumba yang sama sementara pelumba keduanya bergelut untuk dapatkan 10 tempat terbaik tidaklah “bernilai” mana. Mereka tak dapat banyak manfaat sebagaimana Ducati,” ujar Domenicali

Meskipun tidak menamakan dengan tepat namun adik Solihin pun tahu yang dimaksudkan ialah Honda dan Marc Marquez.

“Pada kami, “nilai” jenama adalah lebih penting. Peminat motosikal bersetuju secara teknikalnya, Ducati mampu mencipta reknologi yang kemudiannya boleh dibeli di pasaran. Kami adalah satu satunya jenama yang menang pada 2019 dengan kedua-dua pelumba.

“Sementara itu, pengeluar lain yang menang tidak seimbang. Hanya berharap pada satu pelumba, bukan sahaja team factory, malah team satelit juga. Seorang peminat motosikal sejati pastu tertanya-tanya, samada kemenangan tersebut terhasil dari jentera atau pelumbanya?

“Saya rela pilih tempat kedua, tapi berjaya buktikan bahawa kedua-dua pelumba daripada jadi juara dengan satu pelumba dan pelumba kedua langsung tak perform. Ini buktikan seperkara, jentera mereka hanya berpotensi pada pelumba tertentu sahaja.”

Google ads
Back to top button