Buletin

JANGAN KEMAS KINI IPHONE iOS 13.3 JIKA ANDA GUNA APPLE CARPLAY

Secara umumnya, Apple CarPlay adalah lebih reliable dan mudah dioperasi berbanding Android Auto. Namun, ini tidak bermaksud ia satu sistem yang sempurna. 

Malah, kini sudah ada sejumlah pengguna Apple yang mengemaskini iPhone mereka ketika memandu dan menggunakan Apple CarPlay mengalami masalah. Antara model iPhone yang terlibat ialah iPhone 11 iPhone XS dan model lebih lama, iPhone 8. 

Biarpun mengemaskini versi perisian terbaharu memang dicadangkan atas sebab keselamatan, kemas kini iOS 13.3 dipercayai menjadi punca kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna Apple CarPlay. Antara isu yang timbul ialah aplikasi crash dan antara muka menjadi tidak responsif. 

Laporan pertama berkaitan masalah Apple CarPlay timbul selepas iOS 13.3 mula diperkenalkan pada 10 Disember 2019. Tanpa sebarang pembaikan rasmi, secara asasnya tiada cara untuk mengelaknya selain daripada tidak menaik taraf kepada versi perisian terbaharu ini. 

Apple dikatakan memasang sistem keselamatan yang membuatkan usaha daripada pihak ketiga hampir mustahil. Jadi, jika anda sudah membuat kemaskini, pilihan yang ada hanyalah menunggu ia dibaiki. Apple juga menghalang usaha untuk downgrade ke iOS 13.2.3. 

Antara rungutan yang diterima selepas naik taraf iOS 13.3 ialah CarPlay berhenti berfungsi. Jadi, antara muka tidak lagi responsif. Laporan lain menyatakan skrin menjadi hitam secara tiba-tiba. Sementara pengguna lain memberitahu sistem tersebut terputus dan disambung semula tanpa sebab. 

Sehingga kini, masalah itu dialami oleh banyak jenama kereta seperti Suzuki, Nissan, Volkswagen dan Range Rover. Ketersambungan tanpa wayar dan wayar juga terjejas. 

Tags
Google ads
Back to top button