Buletin

PENUNGGANG MOTOSIKAL BUTA SEBELAH MATA AKIBAT DIBALING TELUR

Seorang penunggang motosikal mengalami nasib malang apabila buta sebelah mata selepas dibaling dengan sebiji telur. 

Marc Toone, 31 sedang menunggang di Newton Lane Wigston, Leicestershire pada malam Jumaat apabila penumpang sebuah kereta membaling telur ke arahnya dan terkena mata kanan. 

Doktor gagal menyelamat mata Toone walaupun dihantar secepat mungkin oleh tunangnya selepas dihubungi dalam keadaan sakit. 

Toone yang merupakan seorang chef memberitahu dia membuka visor topi keledarnya kerana silau dengan lampu tinggi daripada sebuah kereta dari arah bertentangan. “Ketika kereta itu melepasi saya dapat rasa sesuatu terkena muka dan benda meleleh pada pipi.

“Saya terus hentikan motosikal, membuka topi keledar  dan sedar tangan saya dipenuhi darah. Saya hubungi tunang dalam keadaan sangat sakit. Hilang pandangan mata kanan hanya kerana sikap kebudak-budakan sememangnya sesuatu yang sangat bodoh. 

“Jika mereka terus melakukan perbuatan ini, penunggang motosikal lain mungkin berlanggar dan meninggal dunia,” katanya.

Menurut polis, beberapa laporan mengenai insiden sama telah dibuat di kawasan tersebut. Polis kemudian telah menahan seorang remaja berusia 17 tahun atas dakwaan menyebabkan kecederaan, tetapi suspek telah dilepaskan dengan jaminan polis. 

Google ads
Back to top button