BuletinMotosikal

DUNIA MAKIN MAJU – MOTOSIKAL TANPA PENUNGGANG PULAK DAH!

Impian hendak melihat kereta terbang seperti yang dipertontonkan dalam filem 80 dan 90 an nampaknya mungkin perlu ditangguhkan. Ini kerana industri automotif sedang sibuk dalam program kenderaan mesra alam dan autonomous.

Satu syarikat yang sibuk dan lebih ke hadapan dalam bidang autonomous ialah Volvo Cars. Syarikat ini telah lama membangunkan dan menguji teknologi autonomi dan dalam masa beberapa tahun lagi kita boleh melihat pemandu mengemudi kereta tanpa meletakkan tangan di stereng pun.

Teknologi ini rupa-rupanya telah berjangkit kepada motosikal pula. 

AB Dynamics yang meripakan sebuah syarikat pembekal terkenal dalam bidang sistem pengujian automotif canggih telah bekerjasama dalam membangunkan motosikal autonomous.

Motosikal tanpa penunggang ini berperanan untuk menguji kemampuan kereta autonomous dalam keadaan yang lebih mencabar dan realistik.

Berbanding pejalan kaki dan penunggang basikal, motosikal yang bergerak lebih laju dan bebas sebenarnya adalah cabaran yang besar untuk kenderaan autonomous atau sistem bantuan pemandu termaju (ADAS).

Bayangkan jika kereta autonomous digunakan di negara ASEAN dengan motosikal bertali arus? Mencabar juga.

Berikut ialah bagaimana sistem ini berfungsi:

  • Bagi mengelakkan risiko kepada penunggang manusia – pembangunan awal interaksi di antara motosikal dengan kenderaan autonomi atau yang dilengkapi teknologi ADAS mempunyai beberapa had seperti kelajuan dan aksi sebenar sebuah motosikal
  • Motosikal autonomi pula mempunyai potensi dalam memberikan simulasi sebenar dan membolehhkan beberapa ujian boleh dibuat seperti memotong, bergerak dalam trafik sesak dan penukaran laluan
  • Ujian seperti ini dapat memberikan ujian yang lebih komprehensif terhadap kenderaan autonomi atau dengan teknologi ADAS tanpa risiko menyebabkan kecederaan kepada penunggang sebenar
  • Ia juga memberikan ketepatan yang lebih tajam, pengulangan dan konsistensi di antara ujian berbanding yang dapat dicapai oleh penunggang sebenar
  • Projek ini dibangunkan dengan kerjasama beberapa di mana syarikat start-up AutoRD menumpukan kepada integrasi mekanikal, AB Dynamics untuk pengawal on-board yang mempunyai kepakaran dalam bidang perisian kawalan jauh. 
  • Melalui kepakaran ini membolehkan program pergerakan motosikal dibuat dan laluan ditetapkan melalui pemetaan GPS
  • Motosikal BMW C1 dipilih untuk ujian ini, ia dilengkapi ABS, tiada klac tangan dan mempunyai bumbung di mana ciri-ciri tersebut begitu sesuai untuk dipasangkan dengan sensor.
  • Ujian peringkat seterusnya akan menggunakan model lebih canggih dan beprestasi

Ujian yang dibuat telah membuktikan bahawa teknologi ini boleh berfungsi dan syarikat AB Dynamics sedia membantu syarikat yang berminat untuk terus memajukan pembangunan projek ini.

Canggih betul dan pembangunan ini memang patut diteruskan memandangkan pemanduan di negara barat tidak sama dengan realiti semasa di negara Asia. Di benua sebelah sini, motosikal begitu banyak dan bergerak pantas!

Google ads
Back to top button