BuletinMotosikal

KTM BANGUNKAN TEKNOLOGI BREK AUTOMATIK PADA MOTOSIKAL.

Ya. Walaupun kedengarannya agak pelik dan mustahil, KTM sedang dalam fasa ujian untuk mekanisme sistem brek automatik pada motosikal mereka.

Menerusi gambar di atas, KTM cuba membuat demonstrasi dengan memperlihatkan penunggang melepaskan pegangan tangan kanan dari tuil brek hadapan. Kaki kanan juga dialihkan sebagai tanda penunggang ini tiada akses langsung pada sistem brek motosikal.

Bagaimana brek berfungsi?

Nampak lamup brek yang menyala di atas? Itu bermaksud brek memang berfungsi sepenuhnya. Namun ia diaktifkan tanpa bantuan penunggang langsung. 

KTM menggelarnya sebagai ACC dan BSD yang bermaksud  Adaptive Cruise Control dan Blind Spot Detection. 

ACC bertindak mengesan dan membrek untuk kenderaan dari hadapan sementara BSD pula untuk kenderaan yang datang dari arah belakang.

Unit prototaip KTM SUper Duke ini berupaya mengukur jarak kenderaan dengan sensor khas dalam tempoh 2 saat. Namun menurut KTM, pada masa hadapan, sela masa pengesanan ini akan diperbaiki kurang 2 saat dan mereka menyasarkan untuk membolehkan ia ditetapkan sendiri oleh pemilik motosikal.

Tugas pengesan ini ialah memberi isyarat kepada ECU dan pendikit untuk mengambil alih kawalan sekiranya keadaan memerlukan. Sensor ini dipasangkan khas di bawah lampu utama dan berfungsi pada kelajuan atas 30km/sj.

BACA: BOSCH BANGUNKAN TEKNOLOGI ROKET UNTUK MOTOSIKAL

Berkenaan dengan pengesan belakang yang digabungkan dengan Blind Spot Detection tadi, ia berfungsi menggunakan radar jarak. Namun KTM tidak memberi lebih informasi untuk sistem bahagian belakangnya. Jika mengikut sistem pada kereta, pada kebiasaannya lampu amaran akan berkedip pada papan pemuka jika terdapat kenderaan yang dikesan terlalu laju di belakang.

Secara keseluruhannya, walaupun teknologi ini nampak terlalu optimistik untuk dijadikan sistem standard pada motosikal, tidak mustahil ia boleh menjadi realiti. Selaku pembuat motosikal kecil, KTM wajar dipuji kerana melabur dalam usaha menjadikan pengangkutan motosikal lebih selamat. 

 

Google ads
Back to top button