
Buletin
HARGA BARU SIFAR GST RENAULT – JIMAT SEHINGGA RM40K!
TC Euro Cars (TCEC) baru-baru ini mengumumkan harga baru untuk semua model Renault yang berkuat kuasa serta-merta berikutan pelaksanaan kadar sifar peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Lebih menarik lagi, TCEC juga menawarkan insentif tambahan dalam bentuk rebat ke atas model-model terpilih. Ini membolehkan pelanggan berjimat sehingga RM40,000.
TCEC akan menyerap GST 6% dan haga sifar GST akan kekal sehinggalah cukai jualan dan perkhidmatan dilaksanakan semula.
Harga kenderaan Renault adalah seperti berikut:
Model-model yang disenaraikan ini turut didatangkan dengan jaminan penuh pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan. Tidak terkecuali, pakej jualan 5-in-Captur untuk SUV kompak, Captur.