Motosikal

HONDA NS150GX LANCAR DI CHINA – DENGAN DASHCAM, TPMS

Meskipun pasaran motosikal China meriah dengan pelbagai model skuter bawah 200cc namun itu tidak menghalang Honda untuk cuba menyaingi pasaran kompetitif itu. 

Honda Sundiro dengan rasminya memperkenalkan Honda NS150GX di China yang dilengkapi dengan pelbagai ciri terkini. 

Menariknya, NS150GX jelas dibina khas untuk pasaran negara China kerana menawarkan beberapa ciri yang hanya  terdapat pada jenama motosikal China antaranya dashcam dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS). 

Selain itu, NS150GX ini juga dilengkapi dengan ABS dual-channel dan traction control secara standard. Menurut Honda Sundiro, skuter ini turut diilengkapi dengan meter TFT yang menawarkan fungsi navigasi dengan menghubungkan ke telefon pintar. 

Dalam pada itu, varian Deluxe turut dilengkapi dengan  top box berkapasiti 50L.

Untuk rekod, NS150GX merupakan model Honda Sundiro pertama yang dilengkapi dengan enjin satu silinder 150cc 4-valve dengan liquid-cooled yang diambil dari teknologi eSP+ yang terdapat pada model skuter 160cc. 

Atas kertas, skuter ini menawarkan 15.3hp pada 8,500rpm dan 14.4Nm pada 6,500rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk tangki bahan api berkapasiti 8L, lampu LED dengan DRL (daytime running light), USB Type-A dan Type-C dan sistem keyless.

GALERI: HONDA NS150GX

Google ads
Back to top button