Artikel PilihanBuletin

EDISI KHAS VW SCIROCCO MILLION

Volkswagen baru-baru ini meraikan produksi ke-sejuta unit model sport coupe keluarannya, Scirocco dengan memperkenalkan satu versi khas jentera tersebut. 

Hanya dijual di pasaran Jerman dan China, Scirocco Million didatangkan dalam warna hitam bersama ciri-ciri gayaan tersendiri. Antaranya ialah bampar dan sil tepi Scirocco serta lampu belakang dalam perumah gelap. Selain pelekat “Million” pada bahagian sisi dan tingkap belakang yang digelapkan.

71408vw-b

Bahagian dalaman model istimewa itu dilengkapi kemasan kulit berwarna hitam dengan jahitan benang oren. Di samping calitan warna oren di beberapa bahagian tertentu.

71408vw-a

Generasi pertama Scirocco dilancarkan pada tahun 1974. Tujuh tahun kemudian (1981), generasi kedua diperkenalkan dan berada di pasaran hingga ke tahun 1992. Sebanyak 795,650 unit Mk I dan II Scirocco telah berjaya dihasilkan dalam tempoh tersebut. Tahun 2008 menyaksikan Scirocco generasi ketiga mula menjalar di atas jalan raya. Dalam tempoh kurang lima tahun, lebih 204,350 unit telah berjaya dijual.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button