Motosikal

PUSAT SEHENTI GIVI DI MELAKA

Jenama peneraju aksesori motosikal di Asia, GIVI Asia secara rasminya telah membuka sebuah pusat sehenti GIVI di Melaka. Outlet terbaharu ini dimiliki dan dioperasi oleh Zong Heng Motors yang memiliki 25 tahun pengalaman dalam industri. Ia menyertai rangkaian dua lagi GIVI Point di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta pengedar lain GIVI di seluruh negara. 

GIVI Point adalah unik kerana ia hanya menjual aksesori dan pakaian jenama GIVI. Turut hadir pada majlis pembukaan outlet tersebut ialah Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee; Pengurus Operasi Luar Negara GIVI, Joseph Perucca dan Presiden Persatuan Peniaga Motor Melaka, Datuk Tan Thiam Chye.

DSC_0132

Bangunan dua tingkat seluas 5,000 kaki persegi itu menempatkan koleksi produk GIVI yang komprehensif, sama ada yang dikilangkan di Malaysia atau diimport terus dari Itali. Ia juga menyediakan perkhidmatan memasang sistem monorack pada motosikal.

“Kami berbesar hati kerana mampu memenuhi keperluan penunggang motosikal di Melaka. Sama ada mereka merupakan pelanggan GIVI sedia ada atau yang baru, pusat GIVI baharu ini menawarkan rangkaian luas aksesori motosikal dan pakaian tunggangan untuk dipilih.

“Kedai ini juga mudah diakses, hanya 15 minit jika memandu dari bandar Melaka dan cuma sepuluh kilometer dari simpang Ayer Keroh. Lokasi ini menjadikannya mudah untuk dikunjungi oleh penunggang motosikal yang melalui kawasan ini.

“Encik Kon Kok Pin dan pihak pengurusan Zong Heng Motors memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam perniagaan sebegini. Pengetahuan luas, pemahaman terhadap keperluan penunggang motosikal membolehkan sesiapa sahaja yang mengunjungi pusat GIVI diberikan maklumat sewajarnya,” kata On.

DSC_0180

GIVI sudah bertapak kukuh di pasatan Malaysia. Malah, GIVI Asia memiliki kilang pembuatan di Bukit Beruntung, selain GIVI Point di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka  serta rangkaian pengedaran yang luas di seluruh negara.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button