
EDISI TERHAD SEMPENA ULANGTAHUN KE 50 MERCEDES-AMG – 50 UNIT, MAAF UNTUK JEPUN SAHAJA
Kadangkala rasa cemburu juga bila lihat negara-negara seperti Jepun hampir dapat semua edisi terhad bagi jenama popular. Terbaru, Mercedes mengumumkan untuk pasaran 50 unit, khusus untuk Jepun bagi Edisi Ulangtahun ke 50 Mercedes-AMG G63.
Ia didatangkan dengan warna unik, Mauritius Blue menjadikannya lain daripada model G-Wagon lain yang pernah diperkenalkan sebelumnya. Ia didatangkan dengan warna kontras hitam di bahagian bampar, bumbung, fenders sisi, cermin sisi, dan trim sisi. Rim 20 inci AMG lima jejari juga dikenakan dengan warna hitam.
Di bahagian dalaman, Ia dilengkapi dengan salutan kulit Designo dengan benang jahitan Mauritius Blue yang didatangkan dengan empat pilihan tona warna. 24 unit akan diadunkan dengan warna putih Porcelain, 15 lagi dengan warna hitam dan baki enam lagi dengan warna Mocha Brown.
Warna paling eksklusif ialah Saddle Brown dengan hanya lima unit yang dibuat. Tiga darupadanya disempurnakan pula dengan salutan kulit hitam untuk efek dua tona. Selain kesempurnaan upholestery, bahagian dalaman sudah tentunya datang dengan kemasan gentian karbon (dah memang AMG kan).
Di bahagian enjin, tiada sebarang perubahan dilakukan. Ia masih menggunakan unit asal sepertimana G63 yang lain. Enjin 5.5 liter V8 dengan turbo berkembar yang menghasilkan 563 kuasa kuda dan 561Nm tork. Dilengkapi dengan transmisi tujuh kelajuan automatik.
Harganya? 22.2 juta Yen atau kira-kira RM842,000.
GALERI