Artikel Pilihan

EHH, KENAPA REKAAN KERETA CHINA NI NAMPAK MACAM SAMA JE?? TIRUVASI KE??

Pada tahun 2009, kalau anda melihat Kia Forte anda akan merasa kagum bagaimana sebuah syarikat dari Korea mampu menghasilkan satu rekaan yang cukup menawan berbanding dengan model sebelumnya iaiatu Kia Spectra dan juga lawannya daripada jenama Jepun

Rekaan Kia menjadi lebih bergaya berbanding dengan rekaan yang sebelumnya selepas Peter Schreyer menjadi Chief Design Officer pada tahun 2006. Analisa pasaran oleh Kia mendapati sekiranya mereka mahu menjual lebih banyak kereta di Eropah, maka rekaan Kia perlu berubah daripada “boring” kepada lebih menarik

Bagi pasaran yang sensitif dengan rekaan, sememangnya strategi Kia sangat berkesan. Sehingga pada hari ini kita boleh saksikan yang rekaan Kia adalah berani, berjiwa muda dan moden jika dibandingkan dengan rekaan daripada jenama Jepun tradisional yang seakan akan hilang arah tuju rekaan mereka

Strategi yang dilakukan oleh Kia ini sebenarnya menarik perhatian pesaing mereka dari negara China, menyedari rekaan asal China pun sebenarnya “tak boleh blah”. Jadi mereka meniru langkah yang dibuat oleh Kia dengan memborong semua bakat jururekabentuk yang ada di dunia dengan gaji yang cukup lumayan.

Kami senaraikan beberapa designer yang dahulunya bekerja untuk syarikat terkenal dan kini bekerja untuk firma automotif China. Antaranya ialah:

1. Peter Horbury – Geely membeli jenama Volvo daripada Ford pada tahun 2010 turut mendapat akses kepada pakar R&D yang ada dalam Volvo. Salah seorang ialah mendiang Peter Horbury yang merupakan bekas Timbalan Presiden, Volvo Design telah bertanggung jawab menghasilkan rekaan baru untuk Geely.

Antara sentuhan terkenalnya ialah dengan menghasilkan Cosmos Grille Design untuk Geely sebagai rekaan korporat yang baru sehingga model Geely GC9 dinobatkan sebagai China Car of the Year 2016, merupakan pertama kali anugerah ini dimenangi oleh jenama China sendiri

2. Peter Arcadipane – merupakan satu lagi bakat yang diupah oleh Beijing Automotive Group (BAIC) sebagai Pengarah Rekaan BAIC. Peter pernah bertugas dengan Mercedes-Benz dab hasil kerjanya boleh dilihat pada model CL, CLS dan juga M-Class. Peter juga bertanggung jawab menghasilkan rekaan Denza EV

3. Hakan Saracoglu – rekaan Chery sebelum ini memang lucu, sebagai contoh Chery QQ yang meniru Daewoo Matiz. Tapi Chery telah mengupah Hakan Saracoglu yang pernah bekerja di Porsche sebagai Automotive Sylist sebagai Corporate Director of Design

Hasil kerja Hakan Saracoglu boleh dilihat semenjak tahun 1998 dengan pelbagai model termasuklah 997, Porsche 911 GT2, Porsche 911 GT RS, Porsche Boxter, Porsche Cayman dan Porsche 918 Spyder.

4. Andreas Deufel – mula dilantik sebagai Director of Design di Great Wall Motors (GWM) mulai tahun 2011. Pada permulaan karier, Andreas bertindak menghasilkan rekaan Audi A3, Audi V8 DTM dan Audi A4 Avant sewaktu berrtugas sebagai Audi Creative Designer Exterior

Andreas juga menghasilkan model facelift W210 E-Class, R230 SL-Class, Maybach, R170 SLK, C208 CLK, W 203, ML Class, GL- Class, dan juga G Glass sewaktu bekerja sebagai Mercedes Benz Creative Designer Exterior/Interior

Selain daripada Andreas, GWM turut membawa masuk Emanuel Derta yang merupakan bekas jururekabentuk daripada Porsche

5. Chris Bangle – pernah menjadi Chief of Design BMW Group dan bertanggungjawab terhadap jenama BMW, Mini Cooper dan Rolls Royce kini bertindak sebagai konsultan kepada Changan semenjak daripada tahun 2014.

Tugas Chris ialah sebagaistrategic design consultant bersama-sama dengan Changan European Design bagi tugas design inovasi, falsafah, methodologi, dan memberi kritikan terhadap rekaan Changan

6. Wolfgang Egger – berpindah daripada Audi Group Chief Designer kepada syarikat BYD sebagai Director Design and Development. Antara perkara baru yang diperkenalkan oleh Egger ialah konsep Dragon Face pada rekaan baru BYD dan anda boleh lihat pada rekaan BYD Seal.

Egger mula berkerja untuk Audi pada tahun 2007 dan turut bertanggungjawab terhadap jenama Lamborghini. Sebelum Audi, Egger merupakan Design Director untuk Alfa Romeo selama 18 tahun. Antara rekaan menarik Egger termasuklah Alfa Romeo 8C Competizione

7. Filippo Perini – merupakan bekas Design Director of Italdesign semenjak tahun 2016 sebelum menyertai FAW. Perini juga pernah berkerja sebagai Design Director Alfa Romeo, Audi dan juga Lamborghini

Antara hasil kerja Perini termasuklah Alfa Romeo GTV (1995), Alfa Romeo Spider (2006), Lamborghini Miura Concept (2006), Lamborghini Reventón (2007), Lamborghini Estoque (2008), Lamborghini Aventador (2011), Lamborghini Gallardo LP570-4 Superleggera (2010), Lamborghini Urus (2012), Lamborghini Aventador J (2012) 2 , Lamborghini Veneno (2013) dan Lamborghini Asterion LPI 910-4 (2014).

Selepas ini, anda tidak perlu hairan mengapa rekaan yang ada pada kereta buatan China sekarang menjadi semakin bergaya dan nampak seperti ada bayangan daripada jenama mewah dan mahal.

Google ads
Back to top button